Sebuah cerita pendek buat tatapan anak anak yang kadang kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasullulah S.A.W, ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab? P/S: Ingat, kita cuma ada 1 sahaja ibu dan ayah di dunia ini. jangan sampai apabila mereka sudah tiada, barulah kita hendak menangis.