Dia, Yasmin Anisa. Hidupnya berubah apabila ayahnya dibuang kerja dan hidup susah. Kesusahan yang melanda keluarganya telah menghilangkan segala kebahagiaan yang pernah dia milik. Malah, dia juga tidak lagi mendapat kasih sayang dan perhatian dari kedua orang tuanya seperti mana yang pernah dia rasa dulu. Nyawa Yasmin bersama ibunya terancam disebabkan perbuatan ayahnya sendiri dan memaksa ibunya untuk berkorban diri hanyalah demi dia. Dalam keadaan dia yang dilanda pelbagai masalah dan cabaran, hadi Hadi Izzuddin yang hampir merubah segalanya. Dalam tidak sengaja, Hadi juga bertanggungjawab dalam menjaga Yasmin sebagai amanah yang diberikan oleh ibu Yasmin. "Aku ada. Aku ada dengan kau. Lagipula, ibu kau suruh aku jagakan kaku. Itu amanah dan aku kena tunaikan." - Hadi Izzuddin. "Aku akan jadi pelindung kau." - Hadi Izzuddin. Namun tidak mudah bagi mereka apabila ibu kepada Hadi mula campur tangan. Dapatkah sepenuhnya Hadi menjaga dan melindungi Yasmin seperti yang diamanahkan oleh ibu kepada Yasmin?