Kisah kita(Romantik)

51 3 0
                                    

Angin yang sejuk menderu,
Langit malam kian membiru,
Bayanganmu mula menyelubungi fantasiku,
Hati mula menjadi mahu.

Kata-kata mu bak alunan,
Alunan muzik yang mengasyikkan,
Tidak kepada orang lain,
Hanya aku sahaja merasakan.

Engkau wujud dalam mimpi,
Disitu aku dapat alami,
Berada di alam fantasi,
Indahnya rasa berada disisi.

Lari daripada cerita mereka,
Kutukan yang dihadapi bersama,
Hujah-hujah dari mulut mereka,
Biarlah duka itu disana.

Sakit di dalam sukma,
Ia bukan seperti luka,
Mudah dibalut begitu sahaja,
Tetapi pernahkah difikirkan mereka.

Yang Benar Dari SanubariWhere stories live. Discover now