Luahan sukma(Romantik)

62 3 9
                                    

Jauh di lubuk hati,
Asmara menjelma kian masa,
Terfikirkan mukamu bak matahari,
Yang menyinari setiap senja.

Tetapi pernahkah engkau memikirkannya,
Berapakah jumlah remukan hati,
Yang engkau pernah wujudkan,
Tanpa mengira perihal hati.

Engkau petah berkata-kata orangnya,
Minatnya juga apa kurangnya,
Sehingga kata disalahgunakan,
Demi tujuan memanipulasi persekitaran.

Hidupku seperti buah catur,
Ibarat komputer memerlukan pengaturcaraan,
Diriku dijadikan sebagai bidak,
Hanya dikorbankan demi kemenangan.

Layakkah aku diterima dirinya,
Persoalan demi persoalan muncul,
Menyelubungi sanubari dan minda,
Zahirkah perasaan itu kepadanya.

Rasanya seperti dicengkam sukma,
Hanya dipandang apabila diperlukannya,
Tidak cukupkah usaha untuknya,
Mungkinkah dia sudah berpunya.

Jika mahu diceritakan kepadanya,
Adakah engkau akan mendengar,
Cerita-cerita ibarat aksara,
Adakah engkau akan mengerti.

Sudahlah penat aku bangkit,
Dari permainan-permainan mindamu yang sama,
Apakah tujuan mencintai seseorang,
Jika diri tidak dicintai.

Kusangka engkau lelaki budiman,
Tetapi engkau sama sahaja,
Ku tawarkan engkau keselesaan,
Engkau membalasnya dengan kesengsaraan.

Disclaimer:Karya ini ditulis secara umum dan tidak ditulis dengan niat untuk mengguris hati mana-mana individu yang bergelar lelaki dengan rangkap terakhir mengatakan bahawa 'Kusangka engkau lelaki budiman.''Tetapi engkau sama sahaja'.Karya ini ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri dan tujuan saya menerbitkannya di Wattpad adalah untuk orang yang boleh merasakan karya ini sebagai 'relatable'.

Yang Benar Dari SanubariNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ