Kesatria satira(Romantik)

42 1 0
                                    

Humoris bukan sifat sebenarnya,
Tetapi bila dia berbicara,
Sentiasa keluar jenaka satira,
Yang menghiburkan orang setia.

Walau kadang hati terguris,
Dalam gurisan itu wujud,
Tirai-tirai pengajaran yang bermakna,
Demi kelangsungan hidup dunia.

Biru langit ditemani awan,
Awan hujan yang beku,
Bak hati kesatria adanya,
Dendam tersirat antara mereka.

Embun pagi mula muncul,
Pertanda kepada permulaan baharu,
Menjadi titik permulaan baharu,
Ditaman penuh bunga angelonia.

Disclaimer:Karya ini banyak menyentuh hal masyarakat,hal alam sekitar dan hal percintaan.Saya harap pembaca dapat menghabiskan masa bersama orang tersayang pada Hari Raya Aidilfitri nanti.Semoga para pembaca dalam keadaan yang sihat selalu.Terima kasih kerana membaca karya hari ini.Bunga angelonia adalah bunga satay.

'Lebaran sudah menjelma lagi,
Nikmatilah juadah yang enak ini.'

Yang benar,
Risyarticle(canned fish).

Yang Benar Dari SanubariWhere stories live. Discover now