Asas hati(Romantik)

36 2 0
                                    

Ia bukannya mempunyai rumus,
Hati tidak seperti matematik,
Boleh dianggarkan menggunakan nombor,
Ia terluah dengan kata-kata.

Diantara monolog atau dialog,
Hati dapat terserlah hasratnya,
Kadang dilihat mata kasar,
Kadang wujud dalam niat.

Dari darah yang mengalir,
Ke arteri ke ruang-ruang,
Ruang yang bermula segalanya,
Yang wujud cinta didasarnya.

Tetapi kata-kataku hanya wujud,
Didalam latar maya penulisan,
Yang mustahil dilihat dirinya,
Jadi biarlah ia seadanya.

Mengapa tidak muncul keberanian,
Untuk meluahkan perasaan suka,
Terhadap dirinya yang dicintai,
Walau dengan cara disukainya.

'Hati mahu sama mahu,
Diri malu sama malu.'
Kata-kata ni selalu lalu dekat minda saya bila saya teringatkan orang yang bercinta.Mungkin sebab saya sendiri hadapi benda yang sama dalam kehidupan.Tetapi saya tidak boleh kata benda ni jadi kepada semua orang.Cinta ni ada banyak jenis(enemies to lovers, forbidden love,love-hate, unrequited love.)dan semua ada jalan penceritaan masing-masing jadi saya harap kepada orang yang mengalami perasaan tidak kiralah jenis yang mana,bertabah lah ye sebab kita tak perlu malu sebab perasaan itu benda yang tidak asing kepada manusia.Sajak-sajak saya ini hanya untuk mengisi kekosongan hati saya dan yang sudi membaca (mungkin ada juga yang dikenali tetapi hanya boleh ber'husnozon').Jadi kalau anda sudah sampai dibahagian ni...saya hendak berterima kasih kerana menghabiskan masa membaca karya saya yang tidak seberapa ni🌟✨.

Yang benar,
Risyarticle(canned fish 🐟).

Yang Benar Dari SanubariWhere stories live. Discover now