Kudrat Ilahi(Ketuhanan)

16 2 0
                                    

Bila hiba mula menyelubungi,
Diri mula mahu menyendiri,
Keluar dari kawasan sendiri,
Menuju penerokaan terhadap bumi.

Kaki mula melangkah menerusi,
Tanah menghijau seluas pandangan,
Diri mula menjadi satu,
Dengan alam ciptaan Ilahi.

Hiba kini kian lenyap,
Dibawa hanyut sungai perasaan,
Hanya kedamaian yang timbul,
Menemani diri sentiasa melankolik.

Nafas kini menjadi lemah,
Mungkin pertanda sepinya hati,
Tanpa mengingatkan tentang Ilahi,
Semuanya menjadi sia-sia sahaja.

Karya kali ini mengfokuskan hal ketuhanan dan hal alam yang tidak ditulis untuk menyakiti hati mana-mana individu.Hanya penulisan dari penulis untuk diri sendiri dan orang yang ingin berhijrah dari yang dahulunya mempunyai hidup penuh kemaksiatan ke hidup demi yang lebih baik dengan mengingati Ilahi.Nada untuk sajak ini semestinya melankolik.Harap karya kali ini boleh membawa pembaca kepada diri mereka yang beriman.Terima kasih kerana membaca.💫 Pengakuan tambahan:Kebanyakan gambar untuk setiap bab sajak-sajak saya adalah dari Pinterest dan jika anda berminat untuk mencarinya boleh beritahu saya.

Yang benar,
Risywrites(Canned fish 🐟).

Yang Benar Dari Sanubariजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें