"Aku sayang dia Zalea, aku tak nak dia jadi Farah yang dulu. Tolong jaga dia, sementara aku tak ada" AIRIL Berkali-kali Farah cuba menghadam mesej yang dibacanya itu. Menghadam perkataan sayang yang diluah lelaki itu. Sayangkah itu kalau dirinya sering ditipu dan disakiti. Hampir dua tahun dia cuba melupakan tetapi lelaki itu kini kembali menagih kemaafan atas penipuan yang dibuat. "Jangan salahkan aku kerana aku berubah tapi salahkan orang yang buat aku berubah." FARAH Benar, dia kini bukan lagi Nur Farah Hanum yang lemah tetapi dia kini Farah yang berhati batu. Seperti dulu. "Aku, Ada kanser" AIRIL Pengakuan sendiri daripada Airil membuatkan Farah semakin hilang arah! Wajarkah untuk terus membenci sedangkan masa semakin suntuk? "Beri peluang kedua tu tak salah cuma jangan sampai hati sendiri yang terluka teruk" Miresha "Aku...masih cintakan dia" Peluang kedua yang telah diberi kembali disia-siakan. Airil kini membuat kesilapan yang sama. Kesilapan yang dibongkar sendiri oleh Farah. Dia mendengar sendiri, Airil memanggil wanita lain dengan panggilan yang sepatutnya buatnya. Dan status yang telah lama dijanjikan iaitu isteri. Dia tewas. Tewas dengan hati dan permainan cintanya. "Tolong jaga dia, gantikan tempat aku. Aku percayakan kau Syafiq. Sayang Farah macam mana aku sayang dia." Ini kisah Airil dan Farah. Kisah dalam penyatuan cinta setelah pelbagai rintangan yang dihadapi ditambah dengan halangan oleh ibu tipikal drama. Dapatkah mereka bersama diakhir cerita ini? "J t'aime Farah. Saya janji kita akan tengok menara cinta itu bersama-sama kalau jodoh milik kita"-AIRIL _________________________________________ Collaboration between @FlorPearl and @SoulClam__ Ini mungkin versi happy ending. Yang sad ending boleh baca by @cikapplee__
24 parts