Story of Wardha Imanina x Danilo Matthias Castillano "I want something sweet" keluhan aku lepaskan dan pinggan kuih itu aku tolak perlahan ke tengah meja. Wajah aku tongkatkan pada telapak tangan kiri. Dan tiba-tiba dia bangun dari kerusinya dan tubuhnya dibongkokkan ke atas meja dengan posisi menghadap aku yang duduk setentang dengannya. Mukanya pula disua betul-betul depan wajah aku dan senyum diukir dari bibir itu. Belum sempat aku nak bersuara dia suakan lagi muka dia dengan lebih dekat dengan senyuman yang makin menjadi-jadi. Dia ni dah kenapa ? "What are you doing?" muka aku dijauhkan darinya dengan kerutan. Dan wajahnya didekatkan lagi dengan wajah aku hingga tinggal beberapa inci sahaja. Ni dah makin dekat dari tadi ni dan senyum dia tu bukan beautiful macam selalu, tapi ni dah ngeri macam the joker ! Aku lemas dengan jarak ini. I need oxygen ! Aku tarik nafas dalam dan.."what are you.. " hembus "...trying to do ?" Dahi aku berkerut. Tubuhkan aku dicondong sikit ke belakang. Mencipta jarak antara kami. Wajahnya ditongkatkan di tapak tangannya dengan siku di meja. Matanya memandang tepat ke wajah aku dengan senyum yang masih belum padam. Matanya dijulingkan ke atas dan "you said you want something sweet.." matanya kembali semula ke wajah aku "...so i'm just trying to be sweet" Dan senyum dia dimaniskan lagi. Tapi kali ini nampak lebih ikhlas. Dan kini giliran aku pula julingkan mata ke atas.