Amir memilih untuk terus kekal bersama dengan keluarga daripada keluar mengejar cita-cita. Razlan menggunakan helah dan meletakkan Amir di dalam perasaan berbolak-balik dengan keputusan itu. Menjanjikan Amir satu lagi peluang untuk bertemu dengannya membuatkan Amir akur. Amira, seorang gadis polos, lurus serta surirumah sepenuh masa yang kuat dan tabah mengabdikan diri mengerjakan tanggungjawabnya. Walaupun begitu, Amira tidak digemari oleh Amir sebaik sahaja mereka diperkenalkan. Pada masa yang sama, Ben sibuk mencari adik kandungnya yang terperangkap dalam kancah hitam. Rahsia yang ditutup oleh kumpulan Geng X5 menjadikan Ben seorang yang buas. Mampukah orang seperti Amir menangkis keganasan Ben? Balqis pula muncul untuk menagih janji Razlan sekali gus membuatkan Amir terhimpit dalam keretakan keluarga kesayangannya. Kerana sebuah janji, rosak hubungan mereka sekeluarga. Berjayakah Amir untuk mengharungi cabaran-cabaran ini?