Seorang adik bongsu daripada tiga orang adik-beradik bernama Muadzim seorang murid Tingkatan 4, kurang mendapat perhatian dari dua orang abangnya selepas pemergian orang tua mereka akibat kemalangan langgar lari lima tahun yang lalu yang membabitkan orang tua mereka dan Nadzim sekali. Muadzim kurang mendapat perhatian dari dua orang abangnya itu berpunca daripada abang sulung Muadzim iaitu Nadzim dan abang keduanya, Fadhil yang tidak bersefahaman antara satu sama lain. Nadzim ingin mencuba pekerjaan luar dari bidangnya yang bekerja sebagai seorang kadet di Kor Amor Diraja. Nadzim menjadi stress dengan sikap Haziq iaitu ketua sama bahagian dengan Nadzim suka merendahkan Nadzim sehingga menyebabkan Nadzim meletakkan jawatan sebagai kadet di Kor Amor Diraja. Kehidupan Muadzim dan adik-beradiknya hanya sederhana yang tinggal dalam suasana perkampungan.