Gara-gara kena hantar anak buahnya pergi ke kelas tuisyen, Sein Adam telah menemukan Shakrin Shasha. Sein dapat merasakan yang Shakrin merupakan jodohnya. Malangnya... Shakrin bukan anak orang sembarangan. "Oh, pak dia tu cikgu ka?" "Haah. Cikgu hang juga tu. Cikgu Shaari." "CIKGU SHAARI?!!! Cikgu Shaari yang orang..." "Ha... Cikgu Shaari yang hang selalu tak setuju hati dengan dia tu dulu. Dia baru balik mai sini. Dah pencen." Sein Adam tidak pernah menyangka suatu hari nanti dia akan jatuh cinta dengan anak musuh ketatnya. Kalaulah Sein tahu yang Shakrin tu adalah anak Cikgu Shaari, daripada kecil lagi Sein tak akan cari pasal dengan Cikgu Shaari tu! Tapi... Yang namanya jodoh itu, bukanlah sesuatu yang mudah. Lagilah nak menebak hati Cikgu Shaari. Nak tuisyenkan budak sekolah rendah, mudahlah. Nak tuisyenkan hati Cikgu Shaari... huh! Pelbagai cara Sein cuba buat untuk berbaik-baik semula dengan Cikgu Shaari. Lagilah dalam bulan Ramadan, bulan yang mulia... Tetapi, selalu aje niat Sein disalahertikan. Namun, Sein tidak mengaku kalah. Dia cuba untuk tuisyenkan hati Shakrin pula. Cik Selma, mak Sein pula berkenan nak jodohkan Shakrin dengan Seth Azam, abang Sein. Bertambah malang bagi Sein apabila pinangan maknya itu... dipersetujui Cikgu Shaari. Adakah Sein masih ada peluang untuk mendapatkan Shakrin? Atau, dia terpaksa tuisyenkan hatinya sendiri untuk melepaskan sesuatu yang bukan milik dia. Lagipun... Tuhan kan tak pernah silap dalam menyusun takdir!