Novel ini telah di terbitkan di bawah syarikat Siti Rosmizah Publications. Harga adalah RM29.90 tidak termasuk postage. Boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda. Blurb Siapa sangka perkenalan yang singkat telah membawa Akira dan Radin ke akad pernikahan. Tetapi hubungan ini harus dirahsiakan. Setiap hari Akira dan Radin seakan hidup di dalam fantasi. Bahagia berdua seakan dunia ini hanya milik mereka berdua. "Sayang?" Radin tersedar. Semua yang indah itu hanyalah mimpi. Siapa Akira Khan? Yang ada di hadapannya cuma Liyana, isterinya. Mana datang perempuan yang bernama Akira. 2 tahun tempoh pertunangan sudah cukup membuat kesabaran Zafar Khan teruji. Dari zaman muda dia menunggu Akira menerimanya dan apabila mereka telah bertunang, gadis itu seakan sengaja melewatkan tarikh perkahwinan mereka. Kerana satu janji yang di salah erti, dua jiwa yang bahagia berpisah. "Kemana awak pergi, Akira? If you really care about me, where did you go? Where were you when I need you?" Mata Radin mencerlung tajam ke arah Akira bersama gigilan di bibir dan tulang rahang yang bergerak-gerak. "When you need me?" Akira ketawa pedih. Menolak rambut ke belakang telinga. "If you really need me, you will find me." Radin betul-betul tak ingat apa yang telah berlaku antara dia dan Akira. Yang pasti kehadiran Akira ke rumahnya membuatkan dia tekad untuk mencuri hati isterinya semula. Namun tidak semudah itu Akira menerima Radin semula selepas mendapati selama tempoh pemergiaannya, Radin telah menikahi bekas kekasihnya, Liyana. "...tapi awak tu memang suami yang dayus. Awak tahu saya curang tapi awak masih simpan saya sebab awak tu bodoh...." - Liyana Radin makin hilang sabar apabila kesetiannya diuji, keikhlasannya diragui, dan cintanya tidak dihargai. Walaupun Liyana adalah cinta pertamanya namun dia pasti kebahagian yang dimiliki hanya jika bersama Akira. Dia tekad untuk melakukan apa sahaja agar dapat kembali ke dakapan wanita yang bernama Shakira Khan.