Elif Sumaira dan Nurnajmi Izzat sudah bersahabat sejak di bangku sekolah menengah. Selepas tamat sekolah menengah dan tingkatan enam, Elif menyambung pelajaran ke sebuah universiti awam tempatan, manakala Izzat pula menyambung pelajaran ke New Zealand, menyebabkan mereka terpisah oleh zon waktu dan negara yang berbeza. Selepas enam tahun berhubung melalui panggilan telefon, surat dan media sosial, akhirnya Elif merancang untuk terbang ke New Zealand bersama adik perempuannya demi bertemu semula dengan sahabat baiknya itu sambil bercuti di sana. Kedatangan Elif dan adiknya disambut dengan gembira oleh Izzat. Sebagai pemandu pelancong mereka, Izzat menunjukkan banyak tempat dan aktiviti menarik yang ada di New Zealand seolah-olah tiada hari esok bagi mereka. Suatu hari, Izzat menghilangkan diri secara tiba-tiba. Belum habis rasa khawatir Elif terhadap kehilangan sahabatnya itu, seorang lelaki yang bernama Bayhaqi muncul dan mengisi sisa waktu Elif dan adiknya di New Zealand. Tapi, ke manakah menghilangnya Izzat? *** NOTA TAMBAHAN: Cerpen ini merupakan tugasan individu penulis sewaktu menuntut di universiti. Sengaja dimuat naik di sini untuk bacaan umum.
14 parts