[Prekuel kepada novel Projek Athena] Dr Aria - seorang saintis yang terlalu obses dengan kerja-kerjanya sampai prioriti keluarganya sering terabai, hinggalah musibah menimpanya. Tenggelam dalam kekesalan yang tak berkesudahan, Dr Aria sekali lagi diberikan peluang melalui khidmat buat kali terakhir - sekiranya genetik manusia bisa diubahsuai hingga mampu menyelamatkan orang yang tersayang daripada mati, adakah Dr Aria sanggup melawan takdir kejadian ini? Tanpa Dr Aria ketahui, pilihan yang dia ada ialah pilihan yang bakal menentukan nasib banyak nyawa; benarkah ini satu-satunya jalan untuk menebus kekesalan, atau hanya ilusi sebuah pembalasan?
13 parts