Jatuh cinta pada pandangan pertama? Bagi sesetengah orang, itu hanya wujud dalam kisah dongeng. Namun, bukan untuk seorang Inayah Sophie Elissa. Jauh di sudut benaknya, dia tetap meronta untuk mencari kekasih sejati untuk dijadikan suami. Nama pun sudah kedengaran unik. Apatah lagi taktik yang mahu si gadis aplikasikan demi mencari kekasih sejati. Hati perempuan yang selama ini terluka gara-gara pernah dilukai terbuka untuk sang arjuna yang bagaikan degil mahu meneroboso ruang hatinya. Saat kali pertama bertentang mata dengan seorang lelaki bernama Ghaisan Izdiyad Fasahat. Seorang doktor kacak kacak berdarah kacukan Melayu Inggeris Cina. Hatinya semakin meyakini, Ya. Inilah cinta yang dicari selama ini. "Kalau awak risaukan saya selalu sakit. Awak jadilah ubat saya!" Elissa selamba menutur kata begitu. Ingin mengusik Doktor Ghaisan. "Awak kena jaga kesihatan. Bukan saya yang kena jaga!" ~Doktor Ghaisan. Banglo mewah empat tingkat sebelah rumahnya yang kosong tanpa penghuni berpuluh-puluh tahun tiba-tiba dibeli oleh seorang hartawan. Hubungan Elissa dan wanita tua yang bersendiriaan di banglo itu semakin akrab kerana suaminya merupakan ahli perniagaan. Hampir setiap hari Elissa bertemu wanita itu dan menemaninya tanpa jemu. Simpatinya meluap "Mommy dah jumpa calon perfect untuk you. Sampai bila you nak membujang?" ~Puan Sri Eniza. Demi menjaga hati mommy, Ghaisan menerima calon pilihan ibu kandungnya. Tanpa dia sangka-sangka wanita itu.. "Do you really love me? Do you?" ~Ghaisan Izdiyad Fasahat Dia menyengetkan wajah dan air mata jantannya tumpah tanpa segan. Inayah Sophie Elissa terkedu. Entah mengapa luka di hatinya menjalar. "Jika aku tidak mampu membahagiakanmu, izinkan aku untuk pergi.." Nota ringkas ditampal di meja kecil itu ditatap hiba oleh Ghaisan. Sebenarnya, apakah yang berlaku antara Ghaisan dan Inayah? Mengapa Inayah menjeruk rasa dan Ghaisan seperti terluka parah. Nantikan dalam DOKTOR ITU SUAMI AKU.