"Hanya aku yang tahu kesudahan dunia ini." ---------------------------------------------------------- Suatu hari MC kita, Kim dokja mendapati dirinya terperangkap dalam dunia webnovel kegemarannya. Kim Dokja ialah seorang pekerja pejabat yang membaca novel "Tiga Cara untuk Bertahan di Dunia Yang Hancur". Dunia novel tiba-tiba menjadi realiti, dan Dokja menjadi satu-satunya orang yang tahu bagaimana dunia akan berakhir. Dia cuba mengubah laluan cerita dengan menyelesaikan dan menakluki cabaran, yang dikenali sebagai senario dalam siri ini, masing-masing dikendalikan oleh 'dokkaebi'. Apa yang akan dia lakukan untuk terus hidup? Ia adalah dunia yang dilanda malapetaka dan bahaya di sekelilingnya. Kelebihan dia? Dia tahu plot cerita untuk menamatkan semua ini. Kerana dia adalah pembaca setia tunggal yang terperangkap dalamnya. Bacalah kisah Kim Dokja dan rakan-rakannya sekarang untuk melihat bagaimana cara mereka dapat bertahan hidup! *Nota: Cerita ini hanya fiksyen sahaja dan tidak ada kena mengena dengan dunia nyata serta sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. *Disclaimer: Ini merupakan karya dari novelis korea Sing Shong, semua kredit diberikan kepada beliau. Terjemahan novel ini dibuat oleh saya (fan translation). Terima kasih kerana membaca. - Tolong jangan copy terjemahan ini tanpa kebenaran saya.
8 parts