Ini merupakan sebuah catatan, luahan, hamburan perasaan-perasaan yang sudah lama memberat dalam jiwa, tetapi sukar dan ada ketika tidak terluahkan secara nyata. Dengan menuliskan segala luahan itu di sini, mahu berkongsi dan memberitahu yang sesiapa sahaja yang mengharungi episod-episod kelelahan yang sama seperti yang saya kongsikan ini, bahawa anda tidak pernah berseorangan. Boleh jadi ini kisah saya, boleh jadi ini kisah orang yang pernah saya jumpa, dan saya garapkannya buat siapa-siapa yang sedang mencari makna untuk meneruskan nafas di dunia ini, yang sedang lelah dengan hidup, saya di sini ingin berkongsi rasa. Berteduh seketika daripada kelelahan dunia, jemput baca coretan saya ini.