Kashaf Imani, gadis yang sentiasa dikejar bayang-bayang cinta masa lalu.Untuk terus menjadi diri sendiri dia tidak mampu. Untuk mencipta memori baru, dia lebih selesa memuja dari jauh. Tidak berani untuk melangkah ke hadapan. Hidupnya yang masih terumbang-ambing bertukar 360 darjah apabila dipertemukan jodoh oleh keluarga. Masakan dia punya daya untuk menjadi seorang isteri buat lelaki yang sempurna buatnya. "aku tak pernah terbayang yang aku boleh jadi bidadari kepada bidadara yang selama ini aku nanti. "-Kashaf Imani Untuk Kahfi Firdaus, Cintanya hanya untuk gadis pujaan hatinya walaupun tidak berbalas. Dia rela menunggu Diyana. Tetapi sejak berjumpa dengan Kashaf Imani, hatinya berbolak-balik. Antara cinta dan sayang buat gadis itu. Dek kerana ego lelakinya tercabar, Dia nekad untuk meneruskan hajat dua buah keluarga yang telah bersetuju. Tetapi satu-persatu masa silam perlu di singkap untuk mengejar cinta sebenar. "Abang akan jadikan awak yang terakhir dan sentiasa ada dengan awak sampai bila-bila. Tak ada manusia yang sempurna, tetapi kita boleh berusaha." -Kahfi Firdaus