Tertulislah sebuah kisah seorang pemuda yang cukup benci dengan kehidupan hariannya. Benci? Benci sangat ke? Ya, cukup dia benci. Kenapa? Kerana kehidupannya terasa begitu dikongkong, Dikongkong dengan jadual yang sangat ketat dan padat. Dia dipaksa untuk menuntut segala ilmu yang ada di dunia Ghais Lavanark. Dipaksa untuk meraih gelaran PEMUDA ELIT Siapa pemuda tu? "Akulah! Nama aku Beryl Gallard" "Cukup gila dan sengsara!" "Tiada langsung waktu lapang di rumah. Setiap saat hanya menuntut ilmu sahaja." "Belajar! Belajar! Belajar!" "Sampaikan bahasa purba bunian pun kena belajar! Tak cukup ke dengan ilmu bertukang? Ilmu berpedang? Ilmu magis? Ilmu menempa besi? Ilmu perubatan? Sejarah? Kajian Tempatan? Kelas piano?" "Apa lagi? Apa lagi? Namakan! Semua aku belajar." "Tak ada sesaat pun tak belajar." "Ya, aku memang tak bahagia dengan hidup aku. Aku dibeli. Boleh dikatakan dibeli. Ada ke bahasa yang lebih baik daripada dibeli? Okey, baiklah aku dikutip." "Apa? Salah ke aku cakap macam tu?" "Baiklah, aku suka melebih-melebih." "Aku sebenarnya hanyalah seorang anak angkat. Ye, tak salah pun aku cakap tadi. Anak kutiplah tu." "Diangkat oleh keluarga bangsawan. Untungnya. Aku jadi tuan muda. Aku dapat makan mewah. Aku pakai pakaian berjenama. Aku tinggal di rumah agam yang besar. Aku menuntut di akedemi yang mempraktikkan segala ilmu yang ada! Termasuklah ilmu berpedang dan kuasa sihir!" "Hebat!" "Hebat sangat ke?" "Kau tahu siapa aku sebenarnya?" "Aku sebenarnya hanyalah barang. Dikawal oleh manusia. Sebenarnya aku memang manusia pun." "Cuma...Aku rasa aku ni dah jadi macam alat. Diperalatkan. Aku cuma inginkan kebebasan."
29 parts