Adiwira Haris, seorang gigolo biseksual yang siangnya berkhidmat sebagai pegawai bank. Tinggal di sebuah kondominium yang mewah, gaji yang lumayan, hidupnya cukup sempurna. Tapi, apabila sepasang kekasih dibunuh di sebelah rumahnya, mereka meninggalkan seorang budak lelaki berusia enam tahun kepadanya bernama Ikki. Semasa menjaga budak lelaki tersebut, Adiwira kemudian berjumpa ibunya yang pernah meninggalkannya dahulu, Karmila. Rasa benci semakin membuak terhadap Karmila, tapi rasa sayang kepada Ikki semakin memuncak. Mampukah dia menjadi 'Adiwira' kepada Ikki???