"Alan, you're home!" kata Mia.
"This is not my home," aku terus naik ke atas. Aku takde mood nak berbual dengan sesiapa. Aku rasa macam aku nak balik rumah.

Beberapa minit kemudian, pintu bilik aku diketuk.

"May I come in?" suara Tengku Aminah dari luar bilik.
"Sure."

Aku tengah bergolek menahan marah di atas katil.

"Alan, you okay?"
"No, I'm not."
"Something happened?"
"I broke up with Nat, just now."
"Dia ada boyfriend lain ke?"
"No, somebody gave her my pictures with her best friend and her cousin."
"Gambar je, why she so upset?"
"It's...it's obscene pictures..."

Aku hulurkan envelope tadi tu pada Tengku Aminah.

"Oh dear," kata Tengku Aminah.
"That bad, kan?"
"Well, at least ada girls yang nak suck your cock. Kat tempat yang macam ni punya awkward pulak tu."

Aku terus rampas balik gambar tu, kemudian aku koyak-koyakkan.

Tengku Aminah ketawa kecil.

"What's so funny?"
"I cannot unsee that. Well, I got to go. Nak main blackjack dengan Mia. You kalau feel better, turunlah bawah, okay?"

Tengku Aminah keluar dari bilik, dan tutup pintu. Aku terus sendu melayan perasaan ni.

--

Hafiz

Lagu Kekasih Awal Dan Akhir dari Jamal Abdillah berkumandang dalam kereta, sambil melihat Adilah yang keletihan sedang tidur, kepenatan baru pulang dari kerja di pejabat.

Sejak aku bekerja di SUKOM, aku makan masa setengah jam juga dari office baru aku untuk ke office Adilah di Kementerian Pendidikan.

Tadi masa kat office, Uncle Nasrul ada call aku, dia cakap ada orang nak jumpa aku. Kawan Haji Syaaban, dan dia nak bercakap tentang harta peninggalan arwah ayah.

Aku cakap, macam biasa, aku akan hantar Dila balik rumah, jadi jumpa di rumah dia lah, lagi senang.

Aku sebenarnya dah bosan duduk kat Wijayapura ni. Penduduk makin sesak, jalan semakin jem, pergi kerja pun semakin jauh. Jadi bayangkan aku punya office, Dila punya office, Dila punya rumah, untuk patah balik ke rumah aku, setiap hari aku memandu hampir 40 kilometer.

Kalau sebulan, dah jadi 1,200 kilometer. Hujung ke hujung negara Gelanggayu ni.

Sejak bekerja di SUKOM, rutin aku macam ni lah. Macam pagi tadi, meeting pasal nak nak repair mesin faks. Hal macam ni pun nak meeting sampai sejam. Haiyaaa...

Untuk orang yang belajar sains komputer macam aku, mesin faks ni dah patut simpan di muzium. Tapi apa boleh buat, negara Komanwel ni bukan negara maju macam United Kingdom, Australia atau Kanada je, tapi negara macam India, Sri Lanka, Nigeria, Mozambique dan beberapa negara-negara pelik yang aku baru first time dengar macam St Kitts and Nevis atau Trinidad and Tobago.

Aku tahu beberapa syarikat penaja macam Telekom Gelanggayu dan PETROGAYU menggunakan kesempatan Sukan Komanwel ini untuk mula melabur sejumlah wang untuk infrastruktur komunikasi kat negara-negara macam ni, atau nak pergi melombong petroleum kat negara macam tu.

Kereta sampai di depan rumah Adilah.

"Kanojo..."
"Hmmm..."

Allah, meleleh air liur basi dia kat kerusi kereta aku. Kereta ni aku beli lepas aku mula bekerja kat SUKOM. Alhamdulilah, pendapatan aku dah sedikit stabil, lepas ni dah boleh perlahan-lahan buat loan bank untuk beli rumah.

Aku memang nak merancang nak halalkan Adilah. Duduk macam ni lama-lama, tak elok. Nanti syaitan hasut bukan-bukan. Aku ni bukannya kuat iman sangat, tapi aku cuba tak buat perkara yang bukan-bukan.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now