Bulat: Nampak sangat MATA dah buta lantik dia jdi ejen.😏

Mika: Kalau lah mama dia masih lagi hidup, mesti dia menyesal ada anak yang lemah dan menyusahkan.😏

Semua ejen² muda kecuali Alicia, Iman, Khai dan Moon ketawa dengan hina kepada Ali. Alicia, Iman, Khai dan Moon hanya diam dengan rasa simpati. Alicia ternampak Ali yang masih lagi berjalan mengeluarkan setitis air mata. Alicia dengan berasa simpati terus pergi ke arah Ali dan memegang bahunya.

Alicia: Ali, kau perlu sabar ye. Mungkin suatu hari nanti kau akan menjadi hebat, lagi hebat dari mama kau. Jangan putus asa. Kau perlu tingkatkan lagi kebolehan kau.😊😊

Ali tidak memandang Alicia. Dia cuma diam dan mengalihkan tangan Alicia dri bahunya dan terus berjalan keluar.

Rudy: Tak payah lah nak bagi kata² semangat kat dia. Kau bagi semangat pun dia tetap lemah juga.😒

Rudy pun terus pergi meninggalkan mereka semua dan menuju ke asrama akademi MATA. Alicia hanya memandang Ali yang berjalan semakin jauh dengan rasa simpati.

.
.
S
.
.
K
.
.
I
.
.
P
.
.
T
.
.
I
.
.
M
.
.
E
.
.

Pada malam itu, kini Ali berada di dalam biliknya, berbaring di katilnya. Cacian yang diberikan oleh ejen² muda masih lagi terngiang² di dalam fikiran Ali. Air matanya pun keluar setitis demi setitis. Dia memusingkan badan memandang ke kiri. Dia melihat sebuah gambar, gambar sekeluarganya.

Ali: Mama, Ali rindukan mama. Kalau lah mama masih hidup, mesti mama dah latih Ali dengan baik. Kalau lah mama masih hidup, mesti mama selalu bagi semangat kat Ali. Ali rindu sangat kat mama. Ali nak jumpa ngan mama. Ali nak hidup ngan mama. Ali rindukan mama.😢😭

Ali pun menangis dengan sepuas hatinya. Mujurlah ayahnya, Dr Ghazali belum balik dari tempat kerjanya. Ali cuba untuk tenangkan dirinya. Dengan itu, dia bangun dan mencapai jacket hitamnya ingin keluar bersiar² untuk menenangkan fikirannya.

Setelah keluar dan mengunci rumah, Ali terus pergi meninggalkan rumahnya. Dalam perjalanan, dia tak tahu nak kemana. Dlm fikirannya hanya mahu bersiar² sja. Tak lama berjalan, dia pun sampai di taman berhampiran dengan pantai. Dia nampak beberapa keluarga bermain bersama². Dengan sayunya di senyum melihat beberapa keluarga itu gembira bermain. Dia ingin meluangkan masa dengan ayahnya. Tapi disebabkan kerja ayahnya yang banyak, ayahnya terpaksa berkerja dari siang ke subuh untuk kesenangan Ali.

Ali pergi ke pondok yang paling hujung dan duduk di kerusi yang telah disediakan. Dengan melihat dan mendengar bunyi lautan, dan angin yang meniup dirinya, dia berasa sedikit tenang. Tapi ketenangan yang dia merasa tidaklah begitu lama.

Sedang Ali menikmati ketenangannya, dia ternampak satu dinding yang bergerak muncul jauh di depannya. Dinding itu berada di pantai yang dihadapannya. Ali dengan beraninya cuba untuk mendekati dinding itu.

Apabila Ali sudah dekat dengan dinding itu, di melihat betapa tinggi dan besarnya dinding itu. Tinggi dinding itu bagaikan dari pasir yang dipijaknya hingga lah ke hujung langit. Besarnya bagai dari hujung kiri hingga ku hujung kanan. Dinding itu bagaikan menutup pandangannya.

Ali cuba memandang ke arah belakangnya hanya mengharapkan orang lain nampak apa yang dia nampak. Tetapi apa yang berlaku hanyalah sebaliknya. Hanya Dia seorang sahaja yang nampak dinding itu.

Dengan rasa ingin tahu di sebalik dinding itu, dia cuba sentuh dinding tersebut tetapi sebelum jarinya menyentuh dinding itu, dinding itu bergerak kehadapan dengan sendirinya menuju ke arah Ali dengan pantas. Ali yang mula rasa takut mula berasa cemas terus menutup matanya dengan pejam dan kedua² lengannya menutup mukanya. Maka termasuklah Ali ke dalam alam disebalik dinding itu.

Disebabkan Ali tak merasa apa², Ali terus membuka matanya dan melihat sekelilingnya. Di dalam alam itu, semuanya kosong. Di hadapannya, di belakangnya, di sebelah kirinya, di sebelah kanannya, semua dinding yang sama. Alam itu sangatlah luas bagaikan tiada penghujung dan tiada jalan keluar. Warnanya alam itu berwarna kelabu, corak alam itu seperti ombak d laut dan corak alam itu bergerak tiada henti.

Ali: Tempat apa ni? Kenapa tempat ni kosong?🤔😧

Tak lama selepas itu, terdapat  gambaran yang banyak muncul satu per satu disekelilingnya. Di setiap gambaran memperlihatkan seorang yang dia tidak pernah berjumpa sebelum ini. Gambaran² tersebut seumpama seperti ingatan mereka. Dalam gambaran² yang dilihatkan semuanya aksi mereka melawan musuh² yang mereka pernah kalahkan.

Ali: Siapa mereka ni? 🤔

???: Mereka adalah wira sebelum MATA ditubuhkan.

Ali yang mendengar suara itu terus berpusing ke belakang dan nampak seorang lelaki berdiri yang agak jauh dari Ali.

Ali: Kau siapa? Apa kau nak dari aku?😨

???: Aku cuma nak berikan kau kuasa aku. Aku boleh nampak yang kau ada potensi untuk menyelamatkan Cyberaya. 😏





Bersambung...

EJEN ALI: PEMUSNAH SEMUA EJEN (EA FANFICTION) SLOW UPDATE!!!Where stories live. Discover now