SINOPSIS
20 Markah

*Belek kertas* Erm... ish. Ish. Ish. Haih, menarik juga ya, sinopsis ini? Penuh dengan isi tersirat sampaikan nak buat ramai pembaca membacanya!

Memang terbaiklah sinopsis ini sampai saya tak tahu nak ulas apa lagi.

...

TATABAHASA
10 Markah

Kadang-kadang, saya keliru juga, ya. Saya suka ulas penyampaian watak ke... jalan cerita ke... tatabahasa? Sebab semua macam best sahaja untuk ulas. HAHAHAHAHAHA.

Dark Nooroo: Padahal paling suka bahagian yang kau boleh menggila.

Erk, diamlah!

"Paling penting cerita tu motivated. Kalau kau rasa, tak dihargai~." Sempat dia menyanyi.

Pembetulan:

"Paling penting cerita tu motivated. Kalau kau rasa, tak dihargai..." Sempat dia menyanyi.

Eh, jangan rasa pelik. Memang kedatangan simbol (~) dan simbol (-) tidak dialu-alukan dalam dunia pernulisan. Kiranya macam  Cinderella salah masuk majlis tari-menari.

Gantikan dua simbol itu dengan simbol elips. (...)

Simbol soal (?) dan simbol seru (!) tidak boleh digabungkan. Ianya ibarat air dicincang tidak akan putus (bukan yang putus dengan bahan kimia itu). Kena guna satu sahaja.

Lagi satu, tidak boleh guna perkataan contohnya; *cough in Korean*. Kalau hantar dekat editor, memang sah-sah dia tolak, wey. Kena tulis juga dalam perkataan iaitu;

Ergh, batuk dalam bahasa Korea sekejap!

Kalau dalam book review saya buat macam itu, ini santai sahaja maaa. Aduh, rasa kekok pula. *Lap peluh.*

Perkataan luar bahasa Melayu perlu disengetkan. Macam bahasa pasar, bahasa Inggeris, bahasa jeritan Titan Ereh, bahasa alien... semua itulah. Kena sengetkan.

Korang sepatutnya ejaan dia kau orang. Namun, kalau mahu guna juga ejaan 'korang'. Guna dan dialog serta saya harap anda bukan macam saya.

Yalah, sebab saya malas sebenarnya nak sengetkan satu-satu TvT.

Kurangkan penggunaan bahasa Planet Wechat Al Fasih Of Rempit. Macam 'x' dan 'aq'. Rajinkan tulis penuh seperti 'tak' dan 'aku'

Hahaha, nanti awak jadi macam saya. Sampai terbawa-bawa masa mesej dengan kawan. Tak singkat langsung ayatnya! Huhuhu... (tak tahu mahu sedih ke bangga.)

...

PENYAMPAIAN WATAK
20 Markah

WEY.

WEY. WEY. WEY. WEY

ZAYYAN ITU MANUSIA KE ALIEN WEY. Semua markah dia dapat tinggi-tinggi. Hafal Al-Quran pun sehingga tiga puluh juzuk. Fuuh, rasa rendah diri pula ini huhuhu...

(Saya akan berpura-pura tidak ingat bahawa Zayyan pernah menghadapi masalah mental supaya saya rasa rendah diri dengan diri sendiri.)

Saya apabila masuk dalam dunia 'Hello', rasa macam masuk alam sekolah semula. Maklumlah, lama sangat cuti PKP sampai waktu tukar buku teks... saya sesat.

Adlina. Deris. Zalikha. Fuuh, memang terbaiklah watak-watak dia orang. Gaya penulisan yang santai pun buatkan saya rasa macam cakap dengan dia orang.

Maryam itu... nasib saya lupa bawa chainsaw. Kalau saya ingat, memang hari ini dia pergi masjid. Bukan jadi iman tetapi duduk depan iman.

...

JALAN CERITA
20 Markah

Walaupun agak lambat dan banyak bercakap, memang syoklah ketika membacanya.  Kira macam Attack On Titanlah. Cakap-cakap pun ada makna.

Plot dia memang tersusun dan mudah difahami. Kalau kau orang tengah cari buku cereka remaja (teen fiction) yang santai, ha eloklah pergi singgah buku 'Hello' ini.

Baca Prolog pun rasa macam... apa jadi dekat Zayyan. Dia hilang ingatan ke? Uuu, updatelah cepat-cepat, ya?

...

MARKAH KESELURUHAN
70 Markah

70%  × 100 ÷ 80% = 88%

...

"Terus mara ke hadapan. Kalau tidak boleh berjalan, merangkak. Tidak boleh merangkak maka mengesotlah. Asalkan kamu tidak berada di tempat yang sama."

Akhir kata, terima kasih kerana percayakan saya untuk ulas cerita awak. Maaf kalau terkasar bahasa ke. Mana tahu kira macam mencarut dalam bahasa alien ke.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Nooroo's Review ( Tutup Selamanya) Where stories live. Discover now