Chapter 1 - Meet Again🥶

18 2 0
                                    

"Aduh,aku dah lambat ni!" Kalut kalut aku capai sandwich yang memang kak long sediakan pagi tadi sambil tangan sebelah kiri aku gunakan untuk pakai heels. Beg galas yang disandang aku lempar je kat seat belakang. Duduk elok². Nanti mama pujuk tau kalau ada injured. Wargh gue dah lambat. Ini semua salah Israel! Tak la salah kdrama. Eh tak salah aku! "Ngak mahu nonton kamu lagi . Gue udah sebel!"
Ceh terkeluar pulak indonesia ya. Disalahkan pula kdrama. Padahal diri sendiri yang bangun lewat. Ada la jugak salah kdrama sebab menggoda sangat jiwa dan raga Bella. Duda vincenzo tu hot sangat. Rawr.

Oh lupa nak perkenalkan diri. Sambil tunggu jalan jem ni nak kembali pulih saya intro diri saya ye. Namakuu acecece toksah nak menusuk jiwa sangat ayat tu. Ok kalini serious. Nama aku Earlyta Arsyfa Salsabila binti Fahmi Aidan. Lawa kan nama aku ehek. Aku tahu. Umur aku tahun ni nak masuk 24. Tapi orang cakap macam 19. Wow,awet mudanya aku. Korang mesti dah tengok gambar aku kan. Pasal min dah update semalam. Jangan macham² tau saya makwe orang. Ergh lambert lagi. Harini first time aku kerja weh siot lah krama ni habis aku lambart. See,salahkan kdrama lagi. Dia yang set alarm tapi dibalingnya jam loceng tu ke bawah katil. Amboi ganas nau anak Pak Cik Aidan ni. Aku alumni UM btw hehehe saya berlagak nak bagi korang semangat sikit study. Tak githuww. Aku ada sorang kakak dan adik lelaki yang sengal lagikan syeton. Eh,tiber ngumpat. Nak tengok tak kakak dan adik aku? Takleh watak diorang tak wujud lagi. Next chapter baru diorang ada + anak buah aku yang comel lote bak kate orang ganu. Yang faham tu faham lah. Tak faham tanya member penyu. Jadikan penyu rakan karib takpa. Ouh btw my mom orang Terengganu kacukan Cina + my dad kacukan Inggeris. Sebabtu muka aku cam minah saleh celup tepung hahaha. Bukan tepung makeup ya sekali tampar berjerebu office. Joke. Diorang kat overseas sekarang. Uruskan syarikat grandpa. Oh nanti aku kenalkan dengan bfftj aku ok. Lawa² lagi tapi sayangnya taken. But sokay aku singlet. Dah lah sendu mak aih.

Yang aku takleh blah sekarang ni aku tak tahu pun sapa boss company yang aku bakal kerja harini. Entah handsome sangat ke muka macam Mr Grey sampai jarang nak turun padang kat company tu. Orang cakap handsome hm tahla. Dia baru je ganti papa dia bak kata mak cik² bawanglah. Umur tua setahun je dari aku. Lawa nama company tu. MUMTAZ EMPIRE SDN.BHD. Teringatkan nama Mumtaz,otakku mengimbau kembali kenangan bersama seseorang. Hm gue capek. Malas nak ingat.

Sampai je dekat syarikat tu. Aku ambil beg sandang and make sure segala kelengkapan ada. Yelah nak jadi secretary kenalah prepare awal². Harap² boss tak garang cam serigala jadianlah. Dengan lafaz bismillah aku menapak ke dalam. Tubuhku sedikit kecut apabila udara sejuk dari penghawa dingin menyapa tubuh. Kalau pakai tudung kan mesti selesa. Tapi aku belum bersedia. Insya-Allah one day. Doakan.

Tengah melangkah dengan penuh keyakinan, aku tak tahu lembaga mana yang tak nampak aku yang besar gedabak ni langgar aku. Berpusing-pusing weh aku astu coffee  yang aku sempat singgah beli dekat tepi jalan tu jatuh atas baju dia. Oh my Allah!

First day dah buat hal. Dahla coffee tu favourite aque. Malu bakhang semua staff tengok je free show ni alahai. Ada yang kesian ada pulak yang blur alahai member sekerja. Baru nak maki,tapi monster tu dah say sorry then siap tolong angkatkan lagi aku yang dah jatuh macam nangka wangi. Aku ingatkan kalau jatuh ada prince nak sambut tapi hell no lah ni zaman 2021 beb lambat lgi lah nak tunggu prince charming. Patutkah aku buka audition nak cari pakwe? Patutkah? Sheeeshhhhh berangan. Muka swag luh.

Aku panggung kepala walaupun malu tahap empat. Handsome weh tu je aku mampu cakap. Serious handsome kalau nak kenal boleh pm ok. Dia kelihatan serba salah bila tengok aku jatuh. Tapi aku salah jugak coffee aku dah jatuh atas baju dia. Nasib baju dia warna hitam. "Cik sorry,saya terlanggar awak." "Saya nak cepat ni boss dah panggil". Aduh time ni lah kau nak langgar orang bisik hati lelaki itu. "Oh,sokay nothing serious happened." ujarku. Dapat aku lihat dia tolong aku kutip beg aku even aku dah tumpahkan coffee atas baju dia. Baik betul. Kalau orang lain mungkin aku akan dimaki? Macam dalam cerita² wattpad? Hm? Jumpa hero time main langgar²? Enggak ada lo. "Sorry jugak tau,tu em. Aku segan. Aku tunjuk baju dia yang dah basah macam mandi hujan tu. Baju awak basah. Aku garu kepala yang tak gatal. Tak gatal eh mana ada kutu. Kau jangan nak fitnah². Kalau flip hair pun aroma shampoo aku guna je moves freely githuw. Nyah.

"Eh takpa².Btw sorry again."  Aku angguk sahaja. Itulah aku senang marah dan senang sejuk. "I Rayyan." Dia hulur tangan. Aku sambut tangannya. "I Earlyta Arsyfa Salsabila." "Oh,macam pernah dengar nama you. Tapi kat mana ye?" Dia mula berfikir. Nama ex dia ke fikiranku berfikir. Eh tak mungkinlah. Nama aku unik kot. Awal² dah nyanyuk eh bang.

"Entahla I lupa. I tak pernah tengok muka you tapi memang familiar dengan nama you." Setelah berjalan beberapa langkah, bahuku terasa dipegang. Aku berpusing sepantas kilat. Terkejut mak. "You bukan ke secretary baru yang ganti Cik Melah Melia?" Soalan diajukan. Wanita yang mengajukan soalan itu begitu elegan dan pakaian yang dipakai menyerlahkan lagi gayan. "Ya saya." Aku mengiyakan. "Boss cari awak tu. Dia mengamuk bila tahu secretary dia tak datang² lagi. Nasib baik tak ada meeting harini." ujar wanita itu.

Gugup aku yang mendengarnya. Liur ditelan kesat seperti tengah makan petola yang pahit tu.  "Saya sesat." Aku menunduk. Wajah sedih ditayang. Tak apa tipu sunat. Tapi betul apa tak ada sorang pun yang bantu au kecuali Rayyan. Eh cakap soal Rayyan mana dia? Ceh kurang asam ditinggalkannya aku. Mungkin dia tukar baju kot. Ya,hati berbaik sangka. Biarlah dia bukan urusanku.

" La kenapa tak tanya,wanita itu berkata lagi. Takpelah meh sini ikut akak. Boleh panggil Kak Lina." Dia berikan seulas senyum manis. "Oh,saya..." sebelum aku perkenalkan diri,dia memintas terlebih dahulu. "Earlyta kan? Boss ada cakap pasal awak kelmarin." Ha? Boss dia kenal aku? Jangan².

Belum sempat aku ajukan soalan aku digesa untuk cepat kerana waktu bekerja susah lewat 30 minit. Alahai mampus aku. Kami berjalan seiring. Namun hatiku sudah tidak enak. Mungkinkah CEO OF MUMTAZ EMPIRE IS? Aku resah,gelisah. Berdoa semoga jangan dia. Hatiku berdetik. Bukan nama dia sorang je kat planet bumi ni. Relax,cool.

Sampai sahaja di depan pintu bilik bos besar ni. Aku terpempan. Hatiku berdegup kencang. Tak mungkin! Dapat aku lihat nama Nahiz Mumtaz Tan Sri Fayyaz Naim. Nahiz Mumtaz. Aku ulang sekali lagi ye dengan jelas "NAHIZ MUMTAZ" .  "DIA masa lalu kau je Bella,ingat." Aku hembus nafas perlahan-lahan. Cuba untuk menenangkan diri. Kak Lina aku lihat sudah memandang pelik ke arah ku. Takkan baru tengok nama dah kecut perut kot. Hebat betul penangan nama gah majikannya.

"Ingat,Bella. Kau datang sini cari rezeki bukan nak pikat dia bukan nak buat kerja bodoh lagi." Dapat dia bayangkan kata² hinaan dan cacian yang bakal Nahfiz bagi sebentar lagi. Pasti mengguris hati wanitanya yang memang sedia ada seperti tisu yang dikoyak rabak. Dapat dia bayangkan senyuman sinis Nahfiz menghiasi hidupnya di sini. "Ya Allah,kau bantulah hambamu." Pintaku lirih. Dah sah² lah Nahfiz tahu aku jadi secretary dia sebab Kak Lina ada cakap yang dia cari aku. Haih lah. Redhanya.

"Earlyta tak nak masuk ke?" Kak Lina bersuara setelah diam sejak tadi. Mungkin bagi ruangan untuk aku bertendang eh silap bertenang. "Takut ke? Don't worry boss baik je,tak ngap orang." Gurau Kak Lina. Maaf kak,gurauan kak tak mampu seketul Earlyta balas.

Memanglah dia tak ngap orang tapi dia sembur dia punya toxic dalam mulut tu kat aku. Tapi dia memang pernah ngap aku pun. Haih. Lembaran kisah 6 tahun lalu bakal diungkit kembali. Kalau boleh aku nak lupakan tapi aku dah terikat dengan syarikat ni sekarang. Nak tak nak jiwa harus kental. Nyanyian Suekhaizhar kini menjadi halwa telingaku.

"Aku...... tak akan mengalah,"
"Aku.....kan terus menggapai cita-citaku,"
"Aku budak girl,"
"Yang pantang menyerah,"
"Takkan berundur,"
"Sebelum berjaya."

Aku dan Kak Lina berpusing. Oh,rupanya ada sorang staff ni set dia punya rigtone guna lagu tu. Aku geli hati. Cam gegirl je. Pak cik tu kelihatan malu² je. Kantoi la sudah . Tapi sedikit sebanyak jiwaku bersemangat. Yes aku tak akan mengalah dengan Nahfiz kerek tu. Belum sempat aku dan Kak Lina mahu mengetuk pintu. Pintu tersebut dibuka daripada dalam. Aku kaku. Si dia memandang ku dengan tajam.

"How small the world,Miss
Earlyta Arsyfa Salsabila binti Fahmi Aidan." Senyuman sinis terukir buatku.

Ok first chapter done. Hope yall enjoy. Kalau suka vote and komen ok😍boleh jugak share dekat kawan². Bubyeee

-Irawiyah

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 12, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MumtazWhere stories live. Discover now