Chapter 1

11 0 0
                                    

"Haih boring la, nak keluar PKP pulak." Wafa mengeluh

Dia mencapai Iphone 7+ miliknya yang ada di atas meja belajar lalu membuka aplikasi Tiktok.

'Hey I just met you. And this is crazy.'

'Macam best je trend ni. Nak try la. Nak mintak kat sape eh nombor stranger ni, Ailin? Woah online, mantap.' bisik hati Wafa

"Assalamualaikum, Ailin. Nak mintak nombor member kau lelaki sorang." mesej dihantar

"Waalaikumussalam, Adril boleh?" balas Ailin, rakan baik Wafa

"Boleh je :3"

"ADRIL ANJING"

"Okeh macehh"

"Camee <3"

Tanpa membuang masa, Wafa terus save nombor Adril dan membuka ruangan chat.

'Nak bagi salam ke tak eh? Ke terus bagi lirik? Terus bagi lirik lah. Fuh nasib tak online.' omelnya seorang diri

"Hey i just met you :3" mesej telah di'send'

Senyuman terukir diwajah Wafa Amalin.

10 Minit Kemudian

'Hm tak online lagi ke mamat ni? Delete la. Macam annoying je' bisik Wafa kemudian delete mesej yang baru saja dihantar 10 minit lalu.

"??"

'Eh mamat ni balas la pulak.'

"Eh takpela tak jadi." balas Wafa

"Ouh okay."

'Bapak kerek gila mamat ni. Makan apa? Ular? Nahh, nevermind. Haih boring la, nak buat tu tak boleh. Nak buat ni tak boleh. Hm, tido la' Wafa memejamkan mata lalu tertidur diatas katilnya yang empuk

•••

"Wafa sayang, bangun!"

Wafa menggosok matanya lalu menggeliat. Iphone 7+ dicapai.

'6:45 p.m.'

Wafa mencapai tuala lalu masuk ke bilik air yang juga terletak didalam biliknya.

•••

Baju tidur bergambar beruang disarung. Selesa! Lalu, Wafa duduk diatas kerusi yang berada didepan meja solek. Sikat diambil lalu disikat rambutnya secara perlahan supaya tidak sakit. Kemudian, dia mencapai bedak Carrie Junior miliknya dan disapu ke muka lalu disimpan semula.

Sejadah diambil, telekung dipakai bagi melaksanakan solat fardhu Maghrib secara berjemaah bersama keluarnya.

"Allahuakbar" Encik Anuar mengangkat takbir bagi memulakan solat berjemaah

•••

"Ibu, buat ape" sapa Wafa lembut

"Ibu panaskan lauk tengahari tadi je, yang tak habis dijual. Wafa lapar? Sekejap eh, sikit lagi nak mendidih." jawab Puan Zakiah

"Eh takpela. Abang Wafiq mana? Dia dah makan?"

"Dah, dia makan nasi dengan telur je tadi. Kelam kabut dia nak pergi mana entah dengan kawan-kawan dia. Ada kerja katanya."

"Ouh, meh Wafa tolong ibu angkat lauk tu." kata Wafa lalu mencapai lauk yang sudah dipanaskan oleh ibunya

"Ha nah, nanti panggilkan ayah ye. Ibu nak pergi buat air jap."

"Baik, ibu." balas Wafa lalu pergi memanggil ayahnya setelah menyusun lauk diatas meja

•••

Iphone 7+ diambil lalu membuka aplikasi WhatsApp.

"Aik nombor sape pulak ni? Nombor Adril member Ailin ke?" tanya Wafa hairan melihat missed call dari nombor yang tidak dikenali

'017-*** ****'

'Eh haah la, nombor Adril' lagi sekali telefon milik Wafa berdering menandakan seseorang menelefonnya.

"Pick up jap weh. Kejap jee." tiba-tiba Wafa menerima mesej dari Ailin

"Ala aku malu la weh, aku mana pernah call member laki aku. Adril lagi la, kenal pon tak." balas Wafa

"Ala angkat je, Adril minat tu."

"Heh, ala weh mak aku masuk bilik la." tipu Wafa kerana tidak mahu mengangkat telefon yang berdering

"Ouh ha takpela weh, sori kacau hehe."

"Takpela nyah AHAHAHA" balas Wafa lalu letak telefon di sebelah bantalnya

'Ting!'

"Aik sape lagi text ni? Ouh Adril, dia nak ape?"

Wafa membuka ruangan mesej yang tertulis 'Adril'

"Kenapa tak pick up?" tanya Adril

"Ouh sorry, mak ada dalam bilik. Kenapa eh?"

"Takdela saje je, kalau macam tu takpela. Sorry kacau."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 12, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Melawan RestuWhere stories live. Discover now