" Atau sekadar lakonan. Perempuan macam Jane sesuai ke berdampingan dengan Dariel. Layak ke ? " Dania masih tersenyum.

" Kak Malaika ! " jerit Jane. Kata-kata Malaika benar - benar membuat dirinya rasa terhina.

" Ya ? " Wanita yang berada di hadapannya direnung.

Dipandangnya dari atas ke bawah. Pakaian yang dipakai oleh Jane menyakitkan matanya. Kain di dunia ni dah tak cukup ke ?

" Jane ikhlas cintakan Abang Dariel. Jane sayangkan dia " kata Jane bersungguh-sungguh.

Dania ketawa. Lucu apabila mendengar perkataan cinta dan sayang dari mulut Jane.

" Siapa saja boleh sebut perkataan sayang dan cinta. Jane tahu ke maksudnya ? Kalau akak cakap akak sayangkan Jane, Jane percaya tak ? "

Jane tiba-tiba terdiam. ' Betul ke Kak Malaika sayangkan aku ? ' Wajah Malaika ditatapnya seketika untuk mendapat kepastian.

" Orang bodoh saja yang percaya " kata Dania secara tiba-tiba.

Wajah Jane terus berubah apabila mendengar kata-kata Malaika. Kenapa Kak Malaika terlalu membencinya ? Adakah disebabkan oleh papanya ?

" Kenapa Kak Malaika benci sangat dekat Jane ? Apa salah Jane dekat Kak Malaika ? Salah ke Jane mencintai Abang Dariel ? " Jane meninggikan suaranya. Dia perlu berani menyatakan perasaannya terhadap Abang Dariel.

" Memang tidak salah tapi Jane tidak sesuai dengan Dariel. Jane tidak dapat memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada Dariel. Kalau Jane hendak tahu kenapa kakak bencikan Jane, baik Jane balik dan tanya kepada papa Jane. Dia pasti tahu sebabnya " kata Dania lagi.

Jane mengetap bibirnya. Kenapa Kak Malaika berdendam sangat dengan papa ? Apa papa telah buat ? Kenapa dendam di antara papa dan Kak Malaika melibatkan dirinya ?

" Walau apapun yang terjadi, Abang Dariel akan menjadi milik Jane. Kak Malaika tengok dan lihat " Matanya bulat merenung Malaika. Kini dia sudah tekad. Dia tidak akan takut lagi dengan Kak Malaika.

" Ya ke ? Baiklah, akak akan tunggu dan lihat. Semoga berjaya ! " ucap Dania. Senyuman masih lagi terukir di bibirnya.

Kata-kata Malaika menyakitkan hatinya. Kak Malaika benar-benar memandang rendah akan dirinya. Baiklah, kini dia sudah bertekad. Tiada siapa yang akan menjadi penghalang bagi cintanya. Dia akan buktikan. Beg tangan Gucci miliknya dicapai dengan kasar kemudian Jane terus melangkah keluar dari rumah yang seumpama neraka itu.

" Noah "

" Ya, Cik Muda " Noah mendekati Dania.

" Jangan biarkan Jane dekati Dariel dengan apa cara sekalipun " Wajah Dania tiba-tiba berubah serius. Tiada lagi senyuman menghiasi wajahnya. Cinta konon ? 

" Baiklah, Cik Muda " kata Noah.





.





Sara rasa kaku apabila melihat Farhan membuka pintu kereta. Wanita yang keluar dari perut kereta BMW berwarna putih tersenyum manja kepada Farhan. Entah apa yang dicakapkan oleh wanita tersebut sehinggakan Farhan ketawa tanpa mempedulikan orang ramai yang berada di situ. Kehadiran mereka berdua menjadi perhatian di fakulti tersebut.

" Sara , bukan ke itu Abang Farhan ?  Kenapa dia bersama dengan Rasha ? Lain macam saja gelagat mereka berdua tu. Ada apa-apa ke ? " tanya Nadira hairan.

Sara hanya mendiamkan diri. Pertanyaan Nadira tidak dijawabnya. Gelagat Farhan dan Rasha diperhatikannya, Hatinya rasa sakit apabila melihat kemesraan di antara Farhan dan Rasha 'Patutlah apabila diajak keluar saja, macam. macam alasan AbangFarhan berikan. Inilah sebabnya. Rasha !'

Setelah melihat kereta BMW berwarna putih tersebut beredar, Sara bergegas menghampiri Rasha.

" Rasha, kenapa ? Kenapa kau suka sangat hendak sakitkan hati aku ? " Sara menolak Rasha. Langkah Rasha  terundur beberapa langkah akibat tolakan Sara.

" Bila pula aku sakitkan hati kau ? Kau ni perasanlah " ejek Rasha.

" Jangan jadi hipokritlah, Rasha. Aku kenal siapa kau. Hati kau busuk. Tidak boleh tengok orang lebih bahagia daripada kau " marah Sara.

" Hei, Sara ! Yang kau tiba-tiba mengamuk macam orang gila ini kenapa ? Dah kena penyakit mental ke ? Macamlah aku rampas laki kau "

" Aku tahu kau sengaja nak sakitkan hati aku. Kau sengaja rapat dengan Abang Farhan sebab kau tahu aku rapat dengan dia " Sara sudah tidak peduli dengan orang yang berada di situ. Nak jadi apa pun jadilah.

" Abang Farhan berhak berkawan dengan sesiapa pun. Kau siapa nak mengongkong kebebasan Abang Farhan ? Sedarlah diri tu sikit. Abang Farhan tidak ada apa-apa perasaan dekat kau la. Kau yang bertepuk sebelah tangan. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kalau aku lain pula, bertepuk kedua-dua belah tangan akan berbunyi " Rasha menepuk kedua-dua belah tangannya.

" Rasha, kau ni memang gila. Semua benda Sara, kau ingin rampas. Kau ini manusia ke ? Tidak ada hati perut langsung " Nadira tiba-tiba mencelah.

" Kau jangan masuk campur. Ini antara aku dan dia " marah Rasha. Matanya bulat merenung Nadira yang berdiri di sebelah Sara.

" Hei, Rasha ! Sara is my best friend. Kau ingat aku boleh duduk diam apabila kau sakitkan hati dia ? Bukan macam kau ! Tak ada sesiapa pun nak berkawan dengan orang yang berhati busuk macam kau. Kau sedar tak ? " perli Nadira.

" Kau ! " Kata-kata Nadira menaikkan kemarahannya.

" Apa ?! " jerit Nadira.

" Nadira, sudah. Perkara ni biar aku yang selesaikan " kata Sara. Tangan Nadira dipegang dengan lembut.

" Kau dengar apa yang dia cakap ? " ejek Rasha apabila melihat Nadira terdiam.

" Kau dengar sini baik-baik, Rasha ! Aku tidak akan membenarkan Abang Farhan jatuh ke dalam perangkap kau " Sara memberi amaran kepada Rasha.

Rasha hanya tersenyum. ' Macamlah aku takut sangat dengan ugutan kau tu. Kau tengoklah nanti. Abang Farhan kesayangan kau akan jadi milik aku. Biar kau rasa '


.



Buat yang tak faham kenapa kadang-kadang Dania, kadang-kadang Malaika :

- Dania ( panggilan orang yang terdekat sahaja )

- Malaika ( panggilan orang luar ) 

Malik, Fuad, Jane tu dikira orang luar dari Dania walaupun Malik dengan Jane tu ada pertalian darah dengan Dania.

sekian, terima kasih baca !!






HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now