S.E.B.I.C.M.1️⃣7️⃣

Start from the beginning
                                    

"Lourist, arahkan budak budak kita untuk meronda dekat kawasan ni nanti. Lepastu apa apa nanti report kat aku, jangan buat apa apa kalau aku tak bagi arahan. Aku nak kena balik office, ada meeting dengan Bryant Hermes. Dan kau Bella, nanti aku datang lagi. Bye."

Seusai berkata kata, dia terus keluar meninggalkan Bella dan Lourist untuk ke pejabat.

Bella pula terkebil kebil matanya melihat pemergian abangnya tanpa sempat berkata apa apa.

"Bella, aku balik dulu. Nak kena jadi cikgu untuk adik kesayangan kau tu pulak." Kata Lourist sambil menyimpan barangan canggih miliknya.

"Okay. Ajar adik aku elok elok tau. Bye." Bella melambaikan tangan kepada Lourist apabila gadis itu melangkah keluar dari wadnya.

Kini wad itu sunyi sepi sehingga kedatangan seorang doktor yang merawatnya.

Bella berpaling kearah figura itu lalu tersenyum manis. Doktor Mikael. Doktor yang merawat Laura, juga doktor yang merawat dirinya.

"So, macam mana hari ni? Sakit lagi ke?" Soal Doktor Mikael.

"Haah sakit lagi." Rengek Bella. Tak sakit pun, saja nak menggatal.

"Kat mana?"

"Kat sini." Jari telunjuknya ditujukan tepat pada dada.

"Kenapa? Rasa sesak nafas ke?" Soal Doktor Mikael dengan nada risau. Konfem la risau, dia kan pesakit aku. Huh!

"Tak la, sakit sebab menahan rasa cinta dan rindu ku pada mu."

Tiba tiba telinga doktor tu jadi merah. Berkerut dahi Bella. Lah tibeh.

"Doktor?"

"H-huh? Ye?"

"Doktor panas ke?"

"E-eh t-tak. O-okay je. Saya keluar dulu, nanti saya datang check keadaan cik Bella lagi. Bye." Kata doktor itu. Kemudian tergesa gesa keluar dari wad.

Tersengih sengih Bella dengan keletah doktor Mikael. Malu tapi mahu. Heh! Cium kang. Eh?

💋💋💋💋💋

Ben melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan memakai kaca mata hitam. Lagaknya diperhatikan oleh kesemua gadis di pejabat itu. Nampak tak? Betapa hensemnya lelaki berkulit sawo matang ni?

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik mesyuarat itu, matanya dihiasi dengan seorang lelaki tua bersama seorang lelaki yang mungkin sebaya dengannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik mesyuarat itu, matanya dihiasi dengan seorang lelaki tua bersama seorang lelaki yang mungkin sebaya dengannya.

"Encik Bryant?" Soal Ben sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Ya, saya dan kenalkan anak saya, David." Tangannya bertaut dengan tangan Ben kemudian tangan Ben bertaut dengan tangan David.

"I'm sorry sir Bryant. Saya melawat adik saya di hospital. Itu yang lambat sikit."

"It's okay. Saya pun baru sampai je."

"Kalau macam tu, boleh kita mula?"

"Sure. As your wish."

🕳️🕳️🕳️🕳️🕳️

Berkerut kerut dahi Zafran menahan rasa yang menyengat di kelapa. Tambahan pula bunyi suara di telinga yang menyuruh dia untuk bangun.

"Woi! Bangun la! Eeeeii geram aku dengan anak tapir ni." Marah suara itu.

"Kat mana ni?" Soal Zafran apabila matanya tidak dapat melihat apa apa.

Dia cuba menggerakkan tangan dan kakinya namun, dia terasa seperti pergerakkannya terbatas.

"Dekat gudang yang kita masuk tadi, lepastu kepala kita kena pukul, kau ingat tak?" Soal suara itu.

Zafran memandang sekelilingnya. Tiada sesiapa.

"Kau siapa? Mana kau?"

Suara itu mendengus perlahan.

"Haih... Kena hentak sikit dah hilang ingatan ke? Ni aku lah! Fariqi!!" Katanya dengan nada yang sedikit menjerit.

"Weh, mana kau? Aku tak nampak la! Mana kau? Datang sini weh, jangan tinggalkan aku." Rengek Zafran sambil mengalirkan air mata. Terhinjut hinjut bahunya menahan esakan.

Fariqi menggeleng kepala sambil mengeluh. Allahu akbar. Menyesal pulak aku kejut dia suruh bangun dari pengsan.

"Zaf, kau pengsan la balik. Pengsan balik. Lelaki jenis apa kau ni, menangis mengalahkan perempuan."

"A-aku tak nampak k-kau. Mana kau?"

"Macam mana kau nak nampak aku setan?! Mata kita kena tutup dengan kain bahlol! Kau tak terasa ada benda melekat dekat kepala kau ke? Ya Allah, sepupu siapa la ni. Aku ada je kat sebelah kau ni haa."

"Eh? Yeke? Patut la mata aku gelap je." Dia tergelak kecil. Sia sia je menangis.

Bunyi pintu yang terbuka, mematikan perbualan mereka berdua. Serta merta pandangan jadi cerah apabila seseorang merentap kain di kepala mereka berdua.

Zafran dan Fariqi mengecilkan matanya apabila cahaya menerobos masuk ke dalam anak mata mereka.

"Puas tidur?" Soal seorang lelaki yang menutup mukanya dengan kain hitam.

"Kau siapa? Kenapa buat kitorang macam ni?" Soal Fariqi.

Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya dia memberi arahan kepada seorang lelaki yang menjaga pintu.

Lelaki itu mengangguk lalu membawa masuk satu susuk tubuh yang dikenali oleh Zafran dan Fariqi.

"LAURA?!" Jerit mereka serentak.

Laura yang lemah tidak berdaya, hanya terbaring lemah diatas lantai. Dengan kepala yang masih berbalut dan berpakaian seperti pesakit hospital. Tangan kanan yang masih bersimen akibat dari kemalangan beberapa bulan yang lalu.

"Laura! Laura! Bangun Laura!" Panggil Zafran.

Laura masih dalam keadaan yang sama. Kaku tidak bergerak. Matanya tertutup rapat.

Lelaki tadi hanya membiarkan mereka dan berlalu pergi.

Zafran mengesot mendekati Laura, kemudian tubuh gadis itu digoyangkan dengan tangan yang terikat dari belakang.

"Laura. Bangun Laura, bangun la."

Perlahan lahan mata Laura terbuka apabila dirasakan seperti badannya digoyangkan oleh sesuatu.

"A-amir?" Soalnya lemah.

Zafran mengangguk. Mengiyakan soalan Laura.

" Ye. Aku Amir. Alhamdullillah kau dah sedar." Kata Zafran.

"Macam mana kau ada dekat sini?" Soalnya.

"Tak, Laura. Aku yang patut tanya kau, macam mana kau ada dekat sini. Senua orang risau tau tak? Semua cari kau, dah la kau hilang ingatan."

Laura mengagahkan dirinya untuk duduk menghadap Zafran. Tangan kirinya digunakan sebaik mungkin untuk membantu diri sendiri.

"Hilang ingatan? Kau mengigau apa ni Amir? Kalau aku hilang ingatan macam mana aku boleh kenal kau?" Soal Laura dengan hairan.

Zafran dan Fariqi tercegang.

"T-tapi dekat hospital hari tu-"

"Hospital? Bila masa aku masuk hospital? Aku sedar sedar je, aku dah memang ada dekat sini, Fariqi."

Terus senyap Fariqi dari bersuara. Dia dan Zafran saling berpandangan. Ehh tiber terasa seram pulok.

--------

Enjoy your reads!! 😍

Jangan lupa untuk vote dab komen. 😉

See you next chapter. 😘

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now