Seperti memang mengintip dia dari tadi ! Itulah pandangan yang diberi oleh Vienna dan Elizabeth .

" Reagan , bagaimana kamu boleh lepasi SilverBeth pada waktu pagi ? Bukankah kamu perlu ada latihan ketenteraan pada waktu sebegini ? " soal Vienna bernada curiga .

Reagan terkedu . " Sa-saya- "

" Adakah kamu mengintip Cik Muda ? "

" Tidak ! Saya seberna- "

" Jadi apa yang kamu mahu katakan adalah kamu bersiar - siar dikawasan SilverRing dengan niat yang saja - saja ? Walaupun kamu kacak Reagan tetapi Cik Muda sudah pun bercin- "

Dia dipotong dengan tangan putih yang menekup mulutnya . Vienna mengerutkan kening kepada Elizabeth tanda menyoal .

" Dia bahkan belum memberi jawapan untuk satu soalan awak tadi , Vienna. " Elizabeth dengan malasnya dan menoleh kearah Reagan .

Gadis dengan mata kuyu itu memeluk tubuh . " Explain. "

Satu patah perkataan dan dia , Reagan tidak dapat menyangka yang dia harus gementar sebegini .

Dia sudah lama mengabdikan dirinya kepada dunia ketenteraan dan berkhidmat dengan Kerajaan Delux Carrion dan dia berani bersumpah dia tidak pernah gementar walaupun lawannya itu lebih berkuasa dari dirinya .

" Saya wakil daripada Chloe Harzein memohon maaf atas kesilapan malam tadi . Dia rasa serba salah tidak menghalang Cik Muda untuk tidak meneruskan latihan berat bagi tentera semalam . Dia juga menyuruh saya memberi ubat ubatan yang diperlukan jika badan Cik Muda mengalami cramp atau sakit yang lain ." jawab Reagan sambil mengeluarkan ubatan yang diberi Chloe subuh tadi .

Elizabeth melirik mata kepada Vienna yang disisinya . " Ambil. " Vienna dengan patuh mengambil ubatan dari tangan Reagan .

" Dimana Chloe sekarang ? " soal Elizabeth .

Reagan yang tidak berani mendongak menjawab . " Dia sedang melakukan misi , Cik Muda . "

" Kalau menjumpainya , cakap pada dia yang saya tidak apa - apa . Latihan yang diberikan bukanlah susah sangat pun , Cuma saya masih baru dan badan saya masih lemah jadi saya mungkin kepenatan . Bagitahu dia terima kasih untuk ubatan itu . Awak boleh pergi , Reagan. " ucap Elizabeth dengan nada yang malas .

Dia masih ngantuk dan kepenatan . Tengah hari ini dia ada class Tea-time yang dipaksa dihadiri oleh seluruh diraja . Dan petang ini dia perlu dipaksa ke butik diraja mengambil gaun untuk lusa ini . Malam tadi dia hanya tidur pada pukul 3 untuk berlatih badannya .

Neyla Tyra dan perkataan ' dipaksa ' memang berkawan baik sejak kecil lagi rasanya .

Dia mencuba sendiri latihan ketenteraan yang Chloe dan seluruh ksateria sentiasa buat . Dia mempunyai seni bela diri dari kecil jadi dia dengan berpura - pura lemahnya meminta Chloe untuk melatih tubuh kecil Elizabeth untuk mengetahui tahap mana seluruh tentera Delux Carrion .

Tidaklah keras dan tidaklah lembut latihan tersebut . Latihan yang diberikan oleh Neyla sendiri lagi teruk dan kejam . Mungkin badan Elizabeth yang sangat lemah dan tidak bersenam langsung membuatkan dia mudah penat .

Apa yang Elizabeth yang lama ini tahu buat ? Pandai meraung ? Pandai memekik seperti halilintar ?

Useless . Damn Useless .

Sekali lagi mengingatkan Neyla untuk mencekik Elizabeth banyak kali .

" Baik ! Saya menurut perintah . Ada apa - apa lagi ke Cik Muda ? "

An Antagonist Arrive : Elizabeth CharlotteWhere stories live. Discover now