**********
5-E
Mayra mengetuk pintu kelas
Tok! Tok! Tok!
" Assalamualaikum "
" Waalaikumussalam. Ha May. Masuk-masuk " kata Encik Zamri
Mayra pun masuk
" Ok kelas! Diam! " kata Encik Zamri
Semua senyap
Bagus attitude kelas ni
" Ok disebabkan nilai ujian exam kamu semua teruk, so pengetua hantar murid 5-A untuk mengajar kamu semua " kata Encik Zamri
" Habis tu cikgu? "
" Cikgu makan gaji buat lah. MUAHAHAHHA! " kata Encik Zamri
Mayra ketawa kecil
" So korang bagi kerjasama eh. Insyaallah dia boleh buat kamu semua dapat A dalam SPM " kata Encik Zamri
" Ok cikgu! "
" Cikgu! Apa nama dia? "
" Oh lupa. May. Perkenalkan diri kamu " kata Encik Zamri
Mayra mengangguk
" Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Nama aku Mayra Auni. Just call me May atau Mayra " kata Mayra
" Waalaikumussalam "
Mayra senyum
Dia dapat rasakan aura baik dari kelas ni
" Itu je May? Tak nak berkenalan dengan diorang ke? " soal Encik Zamri
" Eh? Boleh ke? " soal Mayra
" Of course lah boleh! Nama aku Uwaisy. Panggil je aku waisy "
Mayra senyum
" Oke waisy! Next? "
Sorang demi sorang perkenalkan diri masing-masing
Mayra senyum
" Ok. Aku dah ingat nama korang. So tell me. Subjek apa paling kurang tak pandai? " soal Mayra
" Math. Sivik. Sains. Alah semua subjek lah dikatakan "
Mayra mengangguk
" Ermmm cikgu. Cikgu nak saya start mengajar diorang bila? " soal Mayra
" Sekarang pun boleh. Saya nak tengok cara kamu mengajar " kata Encik Zamri
" Boleh je. Ok so! Sekarang ni subjek apa? " soal Mayra
" Math! "
" Ok. Hmmm. Jap ya cikgu. Saya nak ambik buku saya dekat kelas and saya nak bagitahu cikgu saya yang saya kena ajar kelas ni " kata Mayra
" Eh boleh. Cikgu tunggu sini " kata Encik Zamri
Mayra mengangguk
********
5-A
Tok! Tok! Tok!
" Assalamualaikum "
" Hmmm... Kena buang sekolah ke tu " perli Syakila
" Hurmmm. Sedih nya hidup " kata Aisyah
Mayra senyum
" Mana cikgu? " soal Mayra
" Cikgu kata buat kerja rumah yang mana tak siap. Cikgu ada emergency " kata Zariel
Mayra mengangguk
" Fan. Nanti kalau ada cikgu masuk, cakap kat cikgu aku kena pergi kelas E " kata Mayra
" Ha? Kau kena pindah kelas belakang ke? " soal Affan dan Ariel serentak
" Eh bukan. Aku kena ajar diorang je. Nanti bagitahu eh? " kata Mayra
" Oh ajar kelas belakang. Semoga bersabar " kata Kayrul
" Asal? " soal Mayra
" Diorang tu blur. Lambat nak faham. Mungkin orang yang sabar dia tak kuat boleh marah " kata Kayrul
Mayra ketawa
" Takpe lah " Mayra mengambil baginya
" Good luck " kata Aryan
" Thanks "
Mayra pergi dari situ
Helesya mula merasa sunyi
********
5-E
" Sorry cikgu. Saya lambat " kata Mayra
" Takpe. Ha teruskan mengajar " kata Encik Zamri
Mayra mengangguk
" Ok korang bukak muka surat.... "
Mayra mulakan pengajaran
Dia memberi dua latihan kepada murid kelas E
Sambil-sambil tunggu diorang siap, Mayra mengulang kaji
" Huwarghh!! "
Mayra menoleh
" Siapa tu? " soal Mayra
Budak itu mengangkat tangannya
" Mengantuk ke? Pergi basuh muka " kata Mayra
Budak itu mengangguk lalu keluar dari kelas
Beberapa minit kemudian...
" Dah siap ke semua? " soal Mayra
" Dah! "
" Ok. Aku check sorang-sorang eh. Takpe kalau salah. Asalkan tak meniru dan menipu " kata Mayra
Semua mengangguk
Mayra mula check kerja sorang demi sorang
...
Siap check
" Ok aku rasa korang kurang faham lagi ni. Tengok betul-betul eh. Kalau ada dua garis dekat sisi segi tiga tu, that's mean ukuran nya sama. Ni subjek form 1 ya. Siapa yang rasa dia tak boleh ingat tu boleh catat dalam buku conteng " kata Mayra
Semua mula mencatat
" Hmm. Lagi satu. Ada yang salah lagi pasal negatif dengan positif ni. Ok macam ni ya. Positif.... "
Mayra mula menerangkan semula kaedah asas
Semua mencatat nota
YOU ARE READING
That Girl
RandomKenapa? Kenapa selalu dirinya? Apa yang sudah terjadi pada dunia? Kenapa begitu kejam? Semakin hari, semakin ramai yang menderita Entah itu takdir atau kerana manusia yang tidak punya hati perut Kenapa manusia saling menyakiti? Apa yang terjadi dah...