Amzad mendekati Suraya. "Is this your favorite grandson haqif? very pretty and cute" kata Amzad ingin menyentuh Suraya tetapi dengan cepat encik haqif menghalang lalu ditolak tubuh Amzad menjauh dari Suraya dengan kasar.
"KAU! KAU DAH MELAMPAU! KAU NAK APA SEBENARNYA?! APA TUJUAN KAU DATANG KAT SINI?!" Soal encik haqif dengan nada yang tinggi dan menyeramkan. Terhenjut bahu Suraya mendengar suara encik haqif yang tiba² bertukar menjadi garang.
"Dah lama aku tunggu soalan bodoh kau haqif. Haih...aku datang sini sebenarnya nak bunuh kau. Nak heret kau masuk neraka bersama anak buah aku yang bangang tu!" Tengking encik haqif mengeluarkan pistol dari pinggang nya.
Suraya dan encik haqif terkejut. Sedikit demi sedikit encik haqif dan Suraya mengundur ke belakang dengan perlahan.
"Atok...S-su...Su takut..." Ujar Suraya dengan suara yang tersekat-sekat seperti mahu menangis.
"Bersedia?" Pistol masih sama dihalakan ke arah encik haqif sebelum mengarahnya ke Suraya.
"SURAYA! RUN!" Arah nya encik haqif dengan cemas dan panik sekali gus takut dengan keadaan ini.
"Tapi--tok macam mana?!" Bantah Suraya keras memandang encik haqif yang jelas kelihatan panik.
Seketika airmata encik haqif jatuh di pipi. Encik haqif dengan senyuman manis sebelum membuka mulut.
"Cu... maafkan atok. Maafkan atok sebab tak boleh jaga Su lama." Suraya tersentap sebelum menggeleng kepalanya.
"Tak..apa maksud tok?! Tok?! Tok dah janji nak hidup lama denagn Su" pekik nya Suraya memegang lengan baju encik haqif dengan tatapan sedih.
Amzad yang melihat itu, hanya menutup mulutnya menguap. Haih...bilalah nak habis drama Korea ni?. Mengantuk betul!.
Cih! Berlakon!.
"Dah habis dah drama?! Drama ni tak sedih lah begong! CUKUP! SELAMAT TINGGAL DUNIA! SAY HAI TO NERAKA!" Dua das tembakan dilepaskan ke arah Suraya. Suraya menutup matanya rapat-rapat menanti kematian nya yang berhujung. Namun tiada apa-apa terjadi. Sakit? Tak de. Darah? Tak de.
Bang!
Bang!
Aku mimpi ke?
Kedua matanya membuka perlahan. Alangkah terkejutnya melihat sekujur tubuh encik haqif yang terbaring lemah di tanah. Dengan darah yang mengalir tidak berhenti dari perut.
Airmata yang ditahan akhir nya mengalir juga. Suraya menangis sejadi jadinya di hadapan encik haqif, Amzad dan anak buah Amzad.
Suraya yang dari tadi terduduk di hadapan encik haqif, mengangkat kepala encik haqif ke riba Suraya. Encik haqif tersenyum lemah sebelum memanggil nama cucunya.
"Su... nampak-nya ini m-asanya a-tok unt-uk pergi. Maaf-kan atok se-bab tak da-pat jadi atok ya-ng baik d-an Sem-purna. Maaf-kan at-ok se-bab g-agal tu-naikan jan-ji yan-g ato-k nak h-idup de-ngan Su de-ngan lama. Maa-fkan atok..ini b-ukan salah Su.." dengan nada yang sedih dan lemah, dengan airmata yang terus mengalir, encik haqif menghembuskan nafas terakhir di hadapan Suraya.
YOU ARE READING
maskmana ketua aku (season 2)
RomanceSECOND BOOK DARI (MASKMANA KETUA AKU) 𝑆𝐼𝐿𝐴 𝐵𝐴𝐶𝐴 𝑀𝐴𝑆𝐾𝑀𝐴𝑁𝐴 𝐾𝐸𝑇𝑈𝐴 𝐴𝐾𝑈 𝐷𝑈𝐿𝑈 𝑆𝐸𝐵𝐸𝐿𝑈𝑀 𝐵𝐴𝐶𝐴 𝐵𝑂𝑂𝐾 2 𝑁𝐼! 𝐵𝑈𝐾𝑈 𝑁𝐼 𝐴𝐷𝐴 𝐵𝐸𝑅𝐾𝐴𝐼𝑇𝐴𝑁 𝐷𝐴𝑅𝐼 𝐵𝑂𝑂𝐾 1. Sejak dari kejadian yang menimpa dahulu, semua...
🌧️🌨️|•' bab 34 🌼
Start from the beginning