24 | Keadilan dan Egois

Start from the beginning
                                    

Dia menyerahkan juga rekod panggilan Nadhirah yang dicetak dalam kertas bersaiz A4 untuk berikan imej yang lebih jelas.

"Saya dah agak dah dia mesti terlibat juga, saya yakin." kata Tan Sri Hasif, geram.

"Awak, jangan tuduh melulu. Kita tak tahu kalau Zahran memang ada niat untuk buat semua ni." kata Puan Sri Nabihah.

"Saya tak nak fikir dua kali, saya tak nak juga pisang berbuah dua kali. Awak tahu tak siapa yang terlantar dekat ICU dalam keadaan koma tu? Yang nyawa betul-betul hujung tanduk? Itu anak kita tau. Kenapa awak masih nak bela budak yang memang suspicious dari awal tu?" marah Tan Sri Hasif. Puan Sri Nabihah terus terdiam apabila diasak dengan soalan bertubi-tubi.

"Tuan dan puan, sila bertenang. Serahkan semuanya pada pihak kami. Insha Allah kami akan dapatkan suspek dalam masa terdekat, Insha Allah. Nadhirah perlukan doa dari kedua ibu bapanya, saya doakan semoga semuanya dipermudahkan." ujar Detektif Bahar dan menarik tangan Tan Sri Hasif untuk menenangkannya.

▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎

Adi menghulurkan setin air kopi kepada Fatin. Gadis itu tidak rehat sejak tiba di hospital. Fatin kerap diam dan asyik termenung. Dia langsung tidak mahu bercakap, kadang-kadang kedengaran satu keluhan berat keluar dari bibirnya.

"Kau janganlah risau sangat. Doktor kan dah cakap yang Damia tak apa-apa?" kata Adi, sambil mengukirkan senyuman manis.

Fatin bersandar dikerusi dan matanya dipejamkan, "Doktor cakap Damia tak apa-apa sebab kita bukan keluarga rapat pesakit. Mana boleh bocorkan hal privasi pesakit meskipun pada kawan-kawan. Keluarga lebih berhak tahu."

"Jadi, kau nak cakap yang Damia tu ada apa-apa ke? Yang membuatkan doktor susah nak langgar polisi hospital?" soal Adi. Lama dia memandang wajah Fatin yang keruh sahaja. Gadis itu asyik tunduk memandang lantai daripada duduk bertenang.

Fatin mengangguk perlahan, "Sebagai kawan rapat dia dan teman serumah dia, aku dah selalu perasan benda pelik yang ada pada Damia. Tapi, aku yang tak perasan dan butakan mata sebab aku tak nak nampak macam aku ni penyibuk. Aku tak nak Damia anggap aku menyibuk hidup dia. Sedangkan hal keluarga dia pun, dia tak pernah cerita pada aku."

Fatin menarik nafas dan menghembus dengan perlahan, "Andaian tu banyak kali singgah dalam otak aku tapi hati aku bertekad untuk nafikan semuanya. Hati aku cuba tenteramkan diri aku walaupun aku tahu, andaian aku betul. Otak aku serabut, aku susah hati. Tapi masih cuba untuk menolak. Ego ke aku ni?"

Selepas beberapa kali menahan tangisnya, akhirnya Fatin tidak mampu bendung lagi perasaan yang menyeksa jiwa itu. Semakin dia cuba untuk memujuk dirinya, semakin banyak pula memori dia dan Damia yang bermain dalam layar fikiran. 

Ya, dia takut dia akan hilang semua itu.

Dia takut nak terima hakikat.

Dia takut...

...dia akan hilang Damia sampai bila-bila.

Dia egois. Dia pentingkan diri. Dia tidak mahu susah hati. Jadi, dia tidak pedulikan semua andaian itu.

"Aku tahu dia sakit weh. Bukan sekali aku nampak dia tak boleh tidur sebab sakit kepala. Bukan sekali aku nampak dia amik cuti sebab demam panas. Bukan sekali aku nampak dia berlatih tapi landing dia tak cantik. AHHH! Semua tu bukan pertama kali tapi aku yang tak nak terima hakikat. Aku- Ah! Aku benci diri aku weh!" Fatin menangis semahunya.

Damia adalah dunia untuk seorang Fatin. Dia tiada sesiapa. Tiada ibu. Tiada ayah. Tiada kakak mahupun adik. Dia cuma ada nenek tapi jauh di kampung. Disini, dia ada Damia. Damia dan dia bagaikan adik-beradik yang sukar untuk berpisah. Pahit, manis dan peritnya kehidupan di universiti diluahkan pada Damia.

Hari ini, dia ditimpa masalah yang besar tapi Damia tiada disini untuk mendengar luahannya.

"Kau janganlah macam ni, Fatin. Aku tak tahu nak buat apa kalau kau menangis." kata Adi.

"Kau teman aku nangis pun dah okey weh." balas Fatin, dia mengesat airmatanya.

"Tapi, doktor tak bagitahu kan yang dia stage berapa? Jadi, kita doalah banyak-banyak semoga ini baru stage 1 kalau betul dia menghidap sakit tu." kata Adi. Cuba untuk memujuk walaupun risau juga kalau dia tersalah cakap. Mahu terbalik hospital nanti melayan angin Fatin.

"By the way, kau kata kau dah telefon ayah Damia. Mana?" soal Adi.

Fatin menoleh ke sekelilingnya. "Ayah Damia on the way pergi bilik doktor terus kut sebab aku memang dah bagitahu yang doktor nak jumpa terus. Agaknya macam tu lah."

Adi menganggukan kepala, "Tak apalah, kita tunggu sajelah family Damia dekat sini."

▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now