"Abang.. Kenapa abang ndak balik sini." Suara sayu itu jelas terdengar di telinganya.

"Abang sibuk sikit. Kat sana macam mana? Sihat?" Soal Syafiq ingin tahu.

"Entahlah bang, sejak ayah pergi semua rumah ni macam ndak ada semangat sudah." Rintih Akif.

"Ha? Maksud Akif apa?" Setahunya dua minggu yang lalu Anis ada kata nak balik kampung sebab ayahnya sakit tapi takde pula khabar berita setelah itu.

"Ayah ndak ada sudah bang. Dia tinggalkan kami sudah." Air matanya lelakinya akhirnya gugur. Dia cuba untuk kuat tapi kehilangan sosok bergelar ayah, buatkan hatinya retak seribu.

"Innalillahi wa innalillahi rojiun... Bila?" Syafiq turut terkejut. Ayah insan yang tak pernah ditemuinya tapi buatkannya turut terkesan dengan kepergiannya. Ohh mungkin dia pernah jumpa cuma kan dia hilang ingatan!

"Tiga hari lepas bang." Suara Akif yang sudah mula serak mungkin kerna menangis.

"So ibu macam mana?" Terbit ingin tahunya. Dah kalau Akif gelar bapanya, ayah so bermakna mak dia ibulah!

"Ibu masuk hospital, lepas ja ayah selamat dikebumikan ibu pengsan dan dihantar ke hospital. Sekarang, angah tengah jaga ibu." Kata Akif.

"Si kembar macam mana?" Lagi soalan dari Syafiq.

"Along hantar pergi rumah Kak Zia." Jawab Akif. Syafiq hanya mengangguk walaupun Akif tak melihat.

"Ibu masuk hospital mana?" Soal Syafiq. Bila saja Akif memberitahu, dia terus pamit sebelum mematikan talian. Anis dan si kembar perlukan dia sekarang, tanpa banyak kata dia terus ke lapangan terbang. Nasib baiklah passportnya sentiasa ada dalam kereta. Sepanjang perjalanan dia sudahpun menempah tiket secara online. Nasib menyebelahinya, tak perlu menunggu waktu yang lama untuk dia terbang ke negeri di bawah bayu.

Sampai je kat negeri di bawah bayu itu, Syafiq terus menuju ke Hospital Queen Elizabeth, dimana ibu Anis dirawat. Jangan risau, Akif dah bagitahu detail di mana ibunya dirawat.

Melihat Anis yang duduk di luar bilik wad buatkannya turut terkesan lagi-lagi melihat wajah itu tak henti mengalir air mata. Selama setahun dia mengenali gadis itu, tak pernah lagi dilihatnya menangis tapi hari ini wajah itu tak kering dek air mata. Perlahan dihampirinya gadis itu, wajahnya itu hanya tertunduk memandang lantai hospital dan tak henti-henti tangannya menghapus jejak air mata.

"Hey... are you okay?" Soal Syafiq yang sudahpun duduk di sampingnya. Tiada jawapan dari gadis itu. Syafiq menghulurkan sapu tangan, menyedari hal itu dia mendongak dan memandang ke kirinya, dia terus memeluk lelaki itu. Syafiq terkejut dengan reaksinya itu dan dengan perlahan dielus belakang tubuh gadis itu, memberi sedikit kekuatan. Lama berkeadaan begitu, wajah yang terbenam di dada bidang Syafiq perlahan tersedar menolak perlahan dia dari pelukan.l Syafiq tersenyum seketika sebelum tanganya meraih jemari yang mengenggam sendiri. Selama ini Anis terlalu menjaga batas antara mereka tapi saat dia menggenggam jemarinya tak langsung gadis itu menolak.

"Amboii.. sejuknya tangan." Bisik hati kecilnya. Perlahan diangkatnya wajah itu dan dihapus sisa air mata, baju yang sudah lencun dengan air mata dibiarkan saja.

"Bawa i jumpa ibu you boleh?" Pinta Syafiq. Anis melepaskan genggaman lelaki itu, perlahan dia menuju ke wad di mana ibunya terkulai lemah.

"Ibu..." Panggil Anis siap dengan senyumannya. Syafiq tergamam seketika dengan sikap Anis yang bagaikan sesumpah. Tadi bukan main nangis teruk, tapi bila jumpa ibunya senyum mulai terukir walaupun senyuman itu jelas senyum terpaksa. Mungkin saja tadi dia tak mampu membendung tangisnya sebab tu dia duduk di luar.

Perlahan ibu membuka mata, jelas lemah wanita tua itu. Melihat kelibat Syafiq buatkan air matanya mengalir.

"Ibu, kenapa ni? Ndak mau nangis-nangis macam ni. Ibu kuat kan." Pujuk Anis menghapus air mata di pipi wanita tua itu.

"Syafiqq..." Mendengar namanya dipanggil, Syafiq menghampiri wanita itu walaupun agak bingung sebenarnya.

"Janji sama ibu, jaga anak ibu baik-baik." Kata ibu lemah.

"Ibu... kenapa cakap macamtu." Anis sebak tapi ditahannya.

"Ibu tahu anak ibu ni degil, Syafiq banyakkan sabar ya. Bimbing dia, tegur dia kalau dia salah." Syafiq hanya mengangguk. Kebingunggannya bertambah tapi waktu masih tak sesuai untuk dia membahas semua ni.

"Ibu jangan risau, Syafiq janji bu." Entah mengapa dengan yakinnya dia melakar janji itu. Dia sendiri tak berapa faham dengan situasi itu tapi dia memilih untuk mengiakan.

Sudah seminggu ibu keluar dari hospital bererti sudah 10 hari ayah meninggalkan mereka. Syafiq yang masih lagi ada di situ menikmati kehidupannya di kampung, sungguh dia mulai jatuh cinta dengan suasana itu. Lagi-lagi bersama keluarga insan yang semakin hari terpahat di hatinya.

Setiap petang, sudah jadi kebiasaan baru buatnya untuk memerhati Anis duduk termenung di pondok kecil yang ada di pantai itu. Tak nak diganggunya ketenangan gadis itu,  cukup hanya diperhati dari laman rumah.

"Ibu..." Sapa Syafiq bila ibu duduk di sampingnya.

"Kenapa ndak pergi sana?" Semakin hari dia semakin sihat cuma pikirannya saja selalu tercari-cari kelibat arwah suaminya.

"Ha? Takpe lah bu, Syafiq saja ambil angin di sini." Dalih Syafiq yang kantoi memerhati Anis dari laman rumah. Tersenyum ibu dibuatnya.

"Ibu harap hubungan kamu ni sama macam pasangan lain, bahagia." Ucap  turut memandang Anis yang hanya terlihat belakang tubuhnya saja.

Bingung sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh ibu tentang hubungannya dengan Anis. Ada apa dengan mereka berdua, Syafiq terpaksa menahan dari bertanya. Kondisi ibu masih lagi tak boleh dibebani.

"Anis ni mesti rindu ayah. Dia kan rapat betul sama ayahnya." Syafiq memandang wanita tua di sampingnya lalu memandang kembali ke arah Anis.

"Ibu harap kau jadi penguat dia, selalu ada untuk dia kalau ada apa-apa jadi nanti. Dia tu nampak ja kuat tapi sebenarnya dia lemah." Sambung ibu lagi. Syafiq hanya mendengar tanpa mencela sedikitpun.

"Ibu ingat lagi waktu ayah masuk hospital tahun lalu, dia punya risau masa tu. Langsung ndak dia keluar pergi mana-mana, mau makan pun di sebelah katil ayahnya jua. Bila ayah sedar, gembiranya bukan main. Tapi bila kami minta dia pindah balik sini, dia ndak mahu. Ndak tahu apa alasannya dia tetap mau kerja di KL walaupun masa tu arwah berkeras mau dia pindah kerja di sini. Nasib baiklah kau datang, kau sanggup...."

"Ibu.... angah mana?" Akif  yang terpacul wajahnya dari dalam rumah. Wajahnya yang cemas itu memotong pembicaraan mereka berdua.

"Baby nangis..." Cemberut wajah Akif, pasti tak dapat dipujuknya. Kalau dah baby girl yang nangis kena ada mama atau daddy yang pujuk. Kalau tak memang tak berhentilah suara meraungnya itu.

"Syafiq masuk kejap ya bu." Syafiq meminta diri masuk ke dalam rumah, memeriksa si anak yang menangis.

Makan malam itu dipenuhi gelak tawa, Anis sesekali ikut serta. Tempat duduk yang arwah ayah selalu duduki kini ditempati Syafiq. Sebak seketika dia dibuatnya. Ibu yang sedar terus menggenggam jemari si anak di bawah meja. Senyuman itu memberinya kekuatan, Syafiq sedar kelakuan kedua anak beranak itu. Terbit rasa sayangnya pada keluarga ini bahkan semakin jatuh hati dia dibuatnya dengan Anis.

My First Love✅Where stories live. Discover now