"Kau memang nak mati, perempuan!" Jerit si Ketua Deimos! Pedangnya menerkam sisi pedang aku. ZAP! PRANGG! Bunyi besi bercumbu, bertemu. Tak berhenti, penuh rakus si dia mahu mencabut nyawaku!
Aku tak berputus asa. Aku tetap melawannya dengan asyik dan bersemangat! Suka aku melihat wajahnya terseksa! Luka dan darah yang mengalir dari kulitku yang dahulunya mulus dilumur susu dan bunga, kini menjadi kasar! Jika dulu jiwaku ini selembut umbut, saat ini jiwa aku sendiri... aku keraskan!
Jika dulu aku menjerit melihat darah, saat ini darah musuh yang aku hauskan!
Jika dulu aku menjerit meminta tolong, saat ini aku sendiri yang bangkit dan membuat musuh melolong!
Blood. Blood. Blood.
They're as beautiful as roses, aren't they?
"Kerajaan Rumi lemah! Kerajaan Rumi tak mahu memberikan sempadan ini kepada kerajaan Deimos! Kamu semua yang mulakan peperangan!" Bentak si Ketua Deimos! Tubuhnya berpusing dan kakinya naik ke kepalaku! Menghentak pipiku ke tepi!
Tubuh kecilku jatuh mudah ke tanah! Sakit! Mangkuk punya jantan!
Tetapi itu tidak bermakna aku tetap jatuh di sini. Perkara ini sudah biasa. Aku terus bangkit, mara ke hadapan dengan pedang yang aku hayunkan ke udara! Penuh semangat! Darah yang berkumpul dalam mulut, aku ludahkan ke wajah Deimos!
Tersentak dirinya! Dia mencarutkan aku. "Sial perempuan!"
"Kerajaan Deimos telah mengambil alih sempadan gurun milik Kerajaan Rumi dan melanggar syarat gencatan senjata! Tentera kau yang bodoh itu telah memperkosa orang-orang kampung di gurun ini dan bunuh beberapa orang lelaki yang cuba melawan mereka semula! Dasar jantan tak guna!" Aku membidas! Pedang aku hayunkan ke kepalanya!
Dia mengelak, pantas!
Aku tak berputus asa, terus sahaja aku menyerangnya lagi dan lagi. Pedang kami bertemu. Apabila ada ruang, aku terus menarik lehernya dan aku hentakkan ke kepala lutut aku! Tak cukup dengan itu, apabila dia mula pening, aku terus melipas tangannya yang memegang pedang dengan pedang aku!
Tangan Ketua Deimos putus!
"ARGH!!!" Jeritannya pecah.
Darah memancut masuk ke mulut aku! Jijik!
Suka melihat dia menggelupur di tanah, aku terus menghentak kepalanya bertalu-talu dengan kaki aku. Geram! Aku tarik rambutnya dan paksa dia menghadap aku. Mata kami bertemu tetapi bola mata lelaki bodoh ini berpusing ke kiri dan ke kanan. Dah nak mati pula ke?
Sabar dulu!
"Cakap dengan aku, kau ada memperkosa gadis-gadis di perkampungan gurun ini juga, kan?!" Aku menengkingnya.
"Kalau ya, kenapa?! Kau nak aku buat dekat kau juga ke?!" Walaupun dia dah kena belasah teruk dengan aku, tak sangka sempat juga dia melawan aku! Dasar Ketua Deimos miang nak mampus!
Aku marah.
Tanpa dapat aku fikir kewarasan yang sewajarnya, seluar lelaki itu aku buka. Aku bogelkan dia dan dengan rasa jijik, aku terus potong kemaluannya sehingga dia meraung kesakitan! Rasakan kau! Bodoh!
Akhirnya, Ketua Deimos tumpas di tangan aku!
Tetapi peperangan masih berlaku. Bola mataku merenung ke kiri dan ke kanan aku. Jantungku berdegup kencang apabila aku nampak yang tentera-tentera aku banyak tumbang! Paling aku pelik, tiba-tiba ada tentera yang berpakaian baju besi kerajaan lain yang turut serta menumbangkan tentera aku.
Mataku tertancap pada lambang di baju mereka.
Nafas aku terhenti seketika.
Tak mungkin...
"Müşir!" Suara Birinci Ferik memekik memanggil aku! Aku menoleh ke arahnya dengan pantas! Lelaki itu diselimuti darah dari atas hingga bawah. Wajahnya kelihatan cemas. "Müşir! kita dalam bahaya! Kita dalam bahaya!"
"Apa maksud kau?!"
"Tentera Zlo membantu tentera Deimos dalam diam! Mereka menyerang kita dari belakang! Kita akan kalah, Müşir!!!"
Aku terkedu. Jantung aku hampir terkeluar. Ya Tuhan....
Zlo....
"KITA KENA BERUNDUR!" Aku menjerit kuat. Mengharapkan bukan Birinci Ferik sahaja yang mendengar tetapi yang lain juga. "SIAPA YANG MASIH HIDUP! BERUNDUR! CEPAT!!!"
"Müşir! Argh!" Jeritan Berinci Ferik!
Aku tergamam apabila kepala Berinci Ferik telah dipenggal. Dara memancut, mengena topeng besiku. Tubuh pembantu aku jatuh ke tanah. Matanya merenung kosong ke langit. Saat itu, di hujung kakinya, aku menangkap sepasang kaki yang berdiri angkuh, memijak keji tubuh Berinci Ferik!
Bola mataku terangkat pada wajah musuh.
Sepasang mata biru hijau merenung aku semula.
Jantung aku hanyut ke lautan Zlo.
Wajah penuh dengan darah. Senyum nakalnya menghiasi wajah. Rambut perang yang panjang diikat ke belakang. Tubuh bongor melangkah dengan penuh biadab, merentasi tubuh Berinci Ferik! Pedang di angkat ke arah aku.
Dia bersedia mahu memanggal aku.
Aku terkaku di tempat aku berdiri... lautan darah manusia.
Di hadapan aku, Lord Zlo.
"Well, well, wel...." suara garaunya bermelodi. Senyum keji melebar. Pedang dihunus ke leherku. "Tuan Puteri Al-Rumi yang gagah, mengetuai bala tenteranya sendiri. Ini kali pertama aku jumpa kau. Sekarang, aku nak kau pilih."
Pilih? Aku masih tergamam. Tak mampu bersuara.
"Pertama, kau akan mati di sini." Lord Zlo memagut dagu aku dengan hujung pedangnya. "Kedua, kau bagi Kerajaan Al-Rumi pada aku."
Jeda. Nakal, hujung pedangnya mencungkil topeng besiku sehingga jatuh ke tanah. Kini, wajahku terdedah sepenuhnya di hadapan mata lelaki itu. Siulan nakalnya bergema. Aku tak mahu kalah, mataku masih melawan renungan matanya.
"Ketiga." Lelaki itu mengusik pipi aku dengan hujung pedangnya. Lord Zlo menunduk, aku mendongak. Dia sengih miring dan bibir menyambung, "Kahwin dengan aku."
Tak tunggu lama, dengan pantas, aku menepis pedang di tangannya dan aku hunuh pedang aku tepat mengena perutnya!
ZAP!
.
.
.
Well....
YOU ARE READING
Al-Rumi
Historical FictionAsjad kata, Asjad cinta. Lalu, kami bahagia. Duduk diam di dalam hutan Zlo. Dia suami, aku isterinya. Cinta, manis. Bahagia, tamatnya. Namun, ini Elvroseth yang tulis. Tak mungkin- Tak mungkin itu jadinya. . . . Haya hanya mahu suaminya. Kembalikan...
1: Perang Deimos
Start from the beginning