Tengku Ammar dengar apa yang Ustaz Saiful katakan, “ Tadi diorang lari lepas nampak kami. Diorang punya lari tu macam nampak hantu”.

“ Ouhh ni kes segan kot. Ni Ustaz nak cakap sebagai orang berpengalaman atau pakar pasal perempuan. Perempuan ni, bila dia bangun tidur memang tak ada keyakinan pada diri lagi-lagi tengok cermin rasa macam diri diorang tak cantik. Mungkin bila dia nampak Tengku bertiga lagi lah mereka malu sebab tak ada confident nak berhadapan. Saya faham pun sebab saya dah ada isteri, diorang bertiga pula dah macam adik saya.”, jelas Ustaz Saiful.

“ Kenapa rasa insecure? Bukannya kitorang tak pernah nampak natural face diorang pun”, emosi sedikit Tengku Addriane cakap tapi cuba kawal. Takut Ustaz tazkirah dia pula.

“ Memang lah Tengku pernah nampak muka natural diorang tapi bila bangun tidur lain jadinya tak sama level confident. Perempuan ni kadang-kadang complicated. Even kita dah puji dia cantik pon still rasa insecure…tak faham lah”, sambil menyuap sesuap nasi ke dalam mulut.

Sewaktu dalam bilik, ketiga gadis ni dah sepakat tak mahu makan sekali dengan Tengku. Mereka segera keluar dari bilik untuk kejutkan semua anak-anak yatim dari tidur untuk tunaikan solat subuh.

Perlahan-lahan mereka menuju satu per satu bilik budak-budak itu. Aryqa cuba mengendap di sebalik pintu seperti perompak, kelihatan semua anak yatim dah tak ada di tempat tidur masing-masing. Aryqa menutup balik pintu dan menoleh ke belakang untuk bercakap dengan Melissa dan Ariesya.

“ Tak ada pun diorang dalam bilik. Mana pula perginya”, tergaru-garu Aryqa fikirkan. Mereka tidak tahu bahawa Kak Siti dah kejutkan kesemua anak yatim sebelum mereka bangun.

“ Tak ada? Aikkk tidur berjalan ke? Takkan lah semua sekali tidur berjalan”, kata Ariesya.

“ Kau ni Iqa kalau dah rabun tu pakai lah spec mata, blah! Biar aku pula tengok”, sempat lagi Melissa mengutuk Aryqa.

Melissa turut mengendap sekali seperti Aryqa. Melissa tak nampak sesiapa pun hanya tinggal selimut berselerak atas katil.

Melissa toleh ke belakang, “ Ha’ah lah diorang tak ada”.

Kini kesempatan Aryqa sembur Melissa balik, “ Aku dah cakap tak ada tadi kau tak nak percaya! Ha sekarang ni siapa yang rabun!”.

Melissa abaikan Aryqa marah, dia menuju ke bilik sebelah. Aryqa mengertap gigi geram dengan sikap Mel, “Eiii Mel ni kan!”. ketiga gadis itu ngedap sekali lagi di bilik sebelah bersama.

Tiba-tiba kedengaran suara budak kecil, “ Ibu mengendap siapa dalam bilik?”.

Selepas mereka menoleh, secara tidak sengaja serentak melatah dengan kuat, “ Ohh toyol!!”.

Suara budak kecil itu milik adam, antara anak favourite mereka. Adam dah siap mandi sambil memegang songkok.

Bunyi jeritan oleh mereka menyebabkan Ustaz Saiful dan Tengku yang berada di dapur terdengar.

“ Tengku makan dulu, biar saya pergi tengok”, Ustaz meninggalkan Tengku di dapur.

Tengku Saiful pergi ke arah suara jeritan mereka tadi. Ustaz ternampak mereka tercegat depan pintu bilik anak yatim, “ Lahh, korang dah kenapa terjerit? Ni kamu Adam, tercegat dekat sini buat apa? Pergi tunggu Ustaz dekat surau, kejap lagi Ustaz sampai. Ha kamu bertiga! Kenapa tak sarapan sekali? Kesian tahu anak raja Midstorm tunggu nak pulangkan baju Melissa.”

“ Tengku datang sini semata-mata nak pulangkan baju saya?”, terkejut Melissa dapat tahu hal itu.

“ Itu lah tak tahu…duduk je dalam bilik tak nak berbual dengan Tengku mana nak tahu kan. Korang ni tak lapar ke? Selalunya bangun tidur dah terconggok kat meja makan”.

Euphoria To My DysphoriaWhere stories live. Discover now