"agaknya ke mana ea dia nak pergi?", Adib bersuara setelah dia menceritakan kepada Ikhwan dan Miqdad selepas makan tengahari di kafe tadi. Perutnya yang senak dipegang. Pheww! Dah macam orang pregnant perut kau Dib! Buncit semacam. Takpe, nanti weekend kita pergi gym membina otot dan sixpack, Adib bermonolog sendiri.

"makan luar agaknya. Aritu dia ada komplen kat aku, kadang makanan kat kafe buat dia tak selesa", Miqdad meneguk sedikit air mineral yang dibawanya. Air mineral ni penting bagi mengelakkan diri dari terhidrasi ye dakk?

"tak selesa? Maksud kau?", Thaqid memandang Miqdad pelik bersama kerutan di dahi. Apanya tak selesa? Makanan acik kafe tiptop tau, sebab tu selalu habis. Lagi lagi ayam masak cili api, fuhh! Berpeluh peluh dia bila makan. Pastu kena pulak dengan teh o' ais! Fuhh gabungan mantap lahh.

"kat kafe ada makanan yang guna pes udang banyak sangat. Kadang kalau datang lambat, ayam dengan ikan dah habis. Tinggal seafood je, budak tu mana makan", beritahu Miqdad.

"budak tu allergic dengan seafood ke?", Rayyan menyampuk.

"haah", Miqdad menjawab pendek. Rayyan dan yang lain mengangguk faham. 

"if not?", kini giliran Thaqif pula yang menyoal.

"kalau dia makan dalam kuantiti yang sikit, just tangan and kaki dia yang gatal. Kalau masa tu perut tengah kosong and makan seafood, dia susah nak bernafas", Ikhwan menerangkan bila Miqdad memandangnya agar melayan soalan kawan kawannya. 

Dia tahu, Miqdad dah tak sanggup nak bukak hikayat. Lebih lebih lagi mereka baru saja lepas makan, mata kuyu Miqdad dipandang. Sah mengantuk lah tu! Nasib baik lepas ni bukan kelas yang subject killer. Just subject yang santai.

"aku rasa paling teruk masa dia form two lah kan? Sampai ambulans amik dia kat sekolah", Miqdad menyampuk. Ikhwan di sebelah mengangguk mengiyakan.

"Emo siaa aku time tu", Adib bersuara dengan nada yang tidak puas hati. Ikhwan yang terdengar terus menggelengkan kepalanya. Secara automatik kepalanya teringat peristiwa yang hampir meragut nyawa Amirah yang dianggap sebagai adik kandungnya itu.

FLASHBACK~

"wei Mirah nah, aku belikan kau nasi goreng buatan khas acik kantin marvelous!", Adhwa berjalan ke arah Amirah sambil membawa 2 pinggan yang berisi nasi goreng yang masih berasap itu. Bau aje pon dah buat dia terliur.

"kan aku dah cakap aku tanak makan. Haihh kau ni Wa", Amirah menghembuskan nafasnya. Penatlah cakap ngan Wawa ni. Orang cakap taknak dengar! Pipinya dikembungkan.

"alah Mirah, macam tak biasa je ngan Wawa ni. Dia kan memang, kepala batu", Naza selamba mengutuk Wawa yang sudah berasap kepalanya sambil menyuap nasi lemak ayam yang dibelinya tadi.

"wehhh aku ni telah diangkat oleh parents Mirah untuk memastikan Mirah makan on time tau!", Wawa membesarkan matanya yang sepet.

"dah kalau degil tu degil lahh. Taknak ngaku pulak kau", Naza menjawab selamba.

"eishh aku..." 

"dah jangan nak gaduh orang tengok", Amirah segera menyampuk untuk menghentikan pergaduhan yang akan meletus sebentar lagi.

"hmphh!", Wawa memalingkan mukanya ke arah lain sambil mengunyah nasi goreng yang dibelinya. Yang lain hanya menggelengkan kepala melihat tingkah Wawa dan Naza yang tak ubah seperti kanak kanak. Biasa lah tu, tak matang lagi kan AHAHAHAHHA!

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now