Cantik dan indah bulan semalam. Tapi keindahannya tidak mampu menandingi keindahan bintang bersama bunganya. Syukur kerana mereka bersama dan syukur kerana semuanya baik. Walaupun jauh disudut hati segalanya teruk hanya kerana fikiran bercelaru.
Mungkin apa yang terbaik adalah berhenti setakat ini. Payah itu pasti tapi lebih penting perasaan sendiri. Mengalah itu pun tidak sepatutnya tapi mungkin itu yang terbaik untuk menjaga perasaan sendiri di kemudian hari.
Terima kasih Tuhan kerana pertemukan aku dan bintang. Dia istimewa dan sempurna. Tetapi aku juga sedar, aku ini bukan sesiapa untuknya. Mustahil untuk aku mengganggap dia hanya sekadar sahabat untuk masa kini. Bukan kerana tidak menerima kenyataan tetapi sedang berusaha menerima kenyataan dan takdir ini.
Untuk bintang, terima kasih kerana telah melayan bulan dengan begitu baik. Walaupun mungkin selepas ini bintang menganggap bulan sombong. Tapi jujur tidak. Oleh kerana rupa bintang yang mampu mencairkan dan melembutkan hati bulan, bulan berusaha agar tidak terpandang wajah itu lagi.
Jujur, agak kecewa dengan segalanya tetapi bukan salah sesiapa. Hanya salah diri sendiri kerana terlalu menaruh harapan yang sangat tinggi. Mungkin bintang tidak menghiraukan apa yang sedang terjadi. Tetapi jujur, hanya kerana bintang.. segalanya jadi tidak sepatutnya.
Kepada si bunga, sungguh rupa bunga yang manis itu mampu menambat hati bintang. Tidak salah memilih dan tidak salah juga dipadankan. Semoga bunga terus cemerlang dan mampu bersama bintang buat selamanya. Maafkan bulan sekali lagi kerana apa yang dirasakan ini salah. Bulan tidak bermaksud. Cuma mungkin tersalah menaruh harapan.
Kepada angkasa yang menjadi saksi kisah bulan yang sangat merumitkan ini, tetaplah kekal menanti bulan terang kembali. Mungkin selepas ini bulan dan bintang tidak kelihatan di angkasa tetapi semua tahu mereka masih disana. Hanya mengambil waktu untuk menyaksikan bulan kembali indah seperti semalam 15/6.
Terima kasih bintang. Dan maafkan bulan andai pernah melukai perasaan bintang. Jujur masih sayang tapi akan segera dibuang. Selamat tinggal.
-moon
YOU ARE READING
Bintang
Poetry"Bisikkan kepada bintang bahawa bulan tetap setia menantinya di angkasa" -moon