"For what? We have promise master to bring you dead for her. Kill everyone here!" lelaki yang berada selang beberapa orang dengan Hafiy ini mesti ketua pada mereka memandangkan dia mengeluarkan arahan dan mereka semua menurut.

"You asked for it then."

Hafiy kemudian tanpa ragu-ragu melayangkan pisaunya tanpa sebarang emosi dan matanya focus pada leader itu. Setiap orang yang datang kearahnya, semuanya terbaring di tanah kesakitan. Darah bersembur keluar dari tangan yang menghunus pisau ke arah Hafiy, ada juga yang merengkot memegang sisi perut gara-gara ditikam oleh Hafiy dan Hafiy tetap terus melangkah tanpa henti, semakin rapat dengan leader itu. Darah yang terpercik di wajahnya terasa bagai air yang dicurahkan ke muka selepas marathon. Segar dan nyaman. Selangkah demi selangkah dia akhirnya sampai di depan leader itu.

Leader itu menghunus pisau ke arah Hafiy, Hafiy menghalang. Dia mengunci kedua tangan leader itu kemudian melemparnya ke tanah. Leader itu terbatuk kesakitan. Tangannya yang masih di pegangan Hafiy terasa makin sakit. Hafiy menguatkan genggamannya. Dia merintih kesakitan namun itu tidak memberi kesan pada Hafiy. Hafiy kemudian memijak kedua lengan lelaki itu di bahagian bahu.

PRAK!

Seperti ranting dipatahkan, begitulah juga tulangnya.

"ARGH!!!!!!!" kuat lelaki itu menjerit kesakitan.

BANG!

Satu das tembakan dilepaskan kearah Hafiy. Hafiy menoleh kearah si pelaku tajam dan saat seterusnya, Hafiy melempar pisau ditangannya tepat kearah bahu si pelaku menyebabkan pistolnya jatuh dan dia terbaring kesakitan di tanah. Hafiy mendekati dan dia memijak luka tikaman dengan pisau yang masih disitu, menambah kedalaman dan kesakitan pada si pelaku.

"ARGHHH!"

"Berani kau gunakan pistol aku untuk tembak aku? Do you want to die?" soal Hafiy tanpa belas kasihan.

"Adam stop." Suara Henry menyedarkan Hafiy.

Dia melihat keliling. Semua orang-orang suruhan Taylor sudah terbaring di lantai tanpa ada yang tersisa. Terbaring sambil mengerang kesakitan, ada yang pengsan dan ada yang sudah mati. Mungkin. Joe, Kamil, Naim dan anggota yang lain sedang sibuk menggari mereka yang masih sedar.

"Did I do that?" soal Hafiy.

"Obviously." Jawapan Henry buat Hafiy hanya mampu tayang muka selamba.

Hafiy kalau masuk 'Beast Mode' menurut Henry, memang tak ada ampun dan maaf. Semua yang ada di depannya, semua dia sapu kecuali anggota yang dikenalinya. Oleh sebab itu, Henry dan Hafiy biasanya dihantar untuk misi bersama kerana setakat ini hanya Henry yang berani dan boleh hentikan 'Beast Mode' Hafiy. Mereka tidak dikenali dengan gelaran 'Beauty and the Beast' pair dikalangan anggota INTERPOL tanpa sebab.

"Mia macam mana? Dia okay tak?" mata Hafiy meliar mencari bayang Mia.

Naim mendekati dengan wajah serba salahnya.

"Sebenarnya Mia-"

+++

EXE Cyber Cafe

"But it will be another story if I kill the beast's lover." Taylor senyum lebar dan dia menghantuk kepalanya kuat di hidung Mia menyebabkan Mia menyentap rambut Taylor kuat dan melempar Taylor ke lantai. Tergolek Taylor di lantai.

Mia memegang hidungnya kesakitan bila Taylor bingkas bangun dan menghayunkan penumbuknya bertubi-tubi ke badan Mia. Mia menerima pukulan Taylor tanpa dia membalas.

That's right Taylor. Keep it on. desis Mia sambil dia mengelak dengan kadar minimum pada pukulan Taylor.

Melihat Mia yang sepertinya tidak terkesan, Taylor melayangkan penumbuknya kuat ke pipi Mia dan kini Mia terbaring di lantai.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now