"Sebelah kelas kita?" Aku sekadar bertanya. Danny menggeleng.
"Tak... sebelah lagi dan sebelah lagi." beritahu Danny. Berkerut-berkerut sampai dahi aku.
"Apa nama dia?" Sempat lagi aku bertanya dalam keadaan sakit. Danny melengung.
"Nama dia kalau tak silap aku... Sarah?" Danny memegang dagu. Sarah? Aku termenung.
"Dia ketua pengawas. Orang paling hot dalam sekolah ni. Kau tak pernah nampak ke?" Danny tanya aku pula. Aku tercengang. Mungkin aku terlepas pandang? Atau mungkin kami belum terserempak?
SEPATUTNYA aku naik ke kelas untuk sambung sesi pembelajaran, tetapi oleh kerana keadaan aku tak sihat. Jadi, aku terpaksa ambil surat keluar sekolah.
"Kau pasti?" Danny tanya. Aku mengangguk lesu. Kemudian, Danny bergegas ke atas untuk ambil beg aku. Aku hanya menunggu di luar pejabat. Beberapa minit selepas itu, Danny datang lagi. Aku tanya kenapa lama sangat? Kata Danny, tadi dia dihalang oleh Qisya dan turut disoal siasat oleh Amalia.
"Mereka dah tahu kau sakit." Danny menghulurkan beg. Aku mengucap terimakasih kepadanya.
"Siapa nak ambil kau?" soal Danny hairan. Aku cakap yang aku hanya balik jalan kaki. Danny nampak ragu-ragu nak lepaskan aku pergi. Namun, aku cuba menyakinkannya.
Kami masih ada di koridor bersebelahan pejabat. Sebelum turun, Danny sempat berkata. Orang kita bicarakan tadi ada lalu di belakangku. Dia masuk ke kedalam pejabat. Hanya Danny yang nampak. Aku tak nampak. Tapi, aku tahu... itu mestilah Sarah.
Belum sempat kami melangkah pergi, pintu pejabat tiba-tiba ditolak. Kemudian keluar seorang gadis berbaju pengawas. Terkejut aku melihatnya. Dia pun nampak terkejut melihat aku. Ya Allah. Kalimat itu terucap di hatiku.
"Kau!?" jeritnya dari jauh. Menggeletar lutut aku. Liur ditelan. Macam mana dia boleh bersekolah kat sini!?
"Kau kenal?" bisik Danny. Aku memalingkan wajah.
"Lebih dari kenal." kataku perlahan. Lengan Danny aku tarik untuk beredar dari situ. Namun, Sarah telah pun berdiri di belakang kami.
"Nak lari?" sindirnya. Perlahan-lahan aku menoleh. Untuk kedua kali kami bertatapan mata. Jadi, inikah Sarah? Perempuan yang aku simbah air Nescafe tu???
"Welcome to SMKKI." dengan kuat dia menumbuk perut aku. Terhenyak aku di lantai. Danny terlopong.
"Woi??" Danny pandang gadis bernama Sarah itu.
"Diam kau!!" tengkingnya. Terundur Danny selangkah.
"Dia tengah sakit, lembutlah sikit." sempat lagi Danny berpesan. Sarah menjeling.
"Kau pun nak kena!?" Sarah tunjuk penumbuk. Danny menggeleng.
"Kau berdua tunggu, jangan lari!" katanya sebelum meninggalkan kami. Aku masih memegang perut. Danny cuba papah aku. Seketika, aku nampak Amalia turun. Gadis itu keluarkan roti jagung dari poketnya lalu lempar ke muka aku.
"Makan tu!" desahnya. Terperanjat Danny melihat roti jagung mendarat atas muka aku. Amalia kembali memanjat tangga. Rupanya minah tu turun semata-mata nak bagi aku roti jagung.
"Malang betul nasib kau hari ni." Danny menggaru-garu kepala. Aku hanya diam. Dari jauh, aku nampak Sarah datang.
"Aku dah agak, dia mesti ambil surat keluar sekolah." bisik Danny. Aku mengeluh berat.
"Kau boleh naik." arah Sarah. Teragak-agak Danny nak tinggalkan aku.
"Maafkan aku weh." sempat lagi Danny meminta maaf. Menangis aku dalam hati. Sarah menatapku tanpa riak.
PADANG sekolah itu aku perhatikan, banyak juga sampah-sampah kecil yang berhamburan. Aku nampak Sarah memberi isyarat mata.
"Aku nak kau kutip semua sampah kat ni. Selagi tak habis, aku tak akan lepaskan kau!" tegasnya. Aku menatap matahari terik atas kepala. Boleh pengsan aku kalau terus macam ni.
"Aku cuma simbah air?? Bertimbang rasalah sikit." Aku cuba meraih simpatinya. Sarah bercekak pinggang.
"Baru kau tau aku siapa?" Sarah senyum sinis. Aku tak ada pilihan lain selain menurut perintahnya. Tiga puluh minit aku berdiri di tengah padang sambil mengutip sampah-sampah kecil, selama tiga puluh minit itu jugalah aku menahan sakit. Aku dengar Sarah menepuk tangan.
"Good boys!" jeritnya dari jauh. Dia tak tahu betapa aku berjuang sehabis tenaga untuk melawan rasa sakit ini. Aku berjalan lemah ke arahnya. Sarah berada di bawah pokok. Terkedip-kedip aku menatap gadis itu.
Dari tempat Sarah berada, aku nampak dirinya berpecah menjadi dua kemudian kembali lagi menjadi satu dan berpecah lagi menjadi dua. Pandangan aku dah kabur waktu itu, tetapi Sarah tidak tahu.
Sampai sahaja di tempatnya, aku terus rebah. Telingaku menangkap suara Sarah. Namun, suara itu tidak seberapa jelas. Aku tertiarap di atas rumput-rumput.
"Weh???" Sarah rebahkan tubuhnya di sampingku. Pandangan aku semakin kabur. Tapi, aku masih dapat dengar suaranya. Sentuhan Sarah... terasa hangat, menyentuh pipiku. Oleh kerana aku sudah tak berdaya, maka tertutuplah mata aku.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...
PT 23
Start from the beginning