Heriz mendekatkan wajahnya di telinga Haireez. Disebabkan mereka mempunyai ketinggian yang lebih kurang sahaja, tidak sukar untuk mereka merenung mata sesama sendiri dengan tatapan tajam.
"She's mine." Walaupun perlahan tetapi keras sahaja Heriz memberi amaran. Kalau tidak difikirkan lelaki ini adiknya sendiri, sudah lebam wajah itu.
Haireez hanya tersenyum sinis sebelum turut mendekatkan wajahnya ke telinga Heriz, berbisik
"Please make sure that you treat her better, Heriz. Or else, I'll make her mine." Sinis sahaja nadanya pada akhir kata. Tetapi dia memaksudkan semua kata-katanya. Jika abangnya tidak mampu memberikan kebahagiaan kepada Raysa, biar dia sahaja mengambil alih tugas itu.
Heriz sudah mengepal penumbuk. Kuat. Dadanya usah dicakap, berombak ganas tika ini. Apa yang diperkatakan Haireez sebentar tadi benar-benar mencabar dia sebagai seorang lelaki. Apa lelaki itu fikir dia sudah cukup bagus sehingga begitu yakin mengucapkan kata-kata seperti itu kepadanya?
Haireez senyum sinis sebelum menepuk bahu kiri Heriz sekali lantas beredar dari situ meninggalkan Heriz dan Raysa. Gadis itu sudah terpinga-pinga sendiri. Wajahnya menunjukkan dia sangat bingung dengan situasi tika ini. Apa yang mereka bisikkan sebenarnya?
Dengan langkah perlahan Heriz menghampiri Raysa. Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket seluar. Walaupun dia hanya memakai tshirt hitam dan jogger pants, masih lagi terlihat segak dan kacak.
Raysa memandang Heriz atas bawah, menilik penampilan lelaki itu yang kelihatan lebih santai berbanding tadi. Mungkin lelaki itu baru lepas mandi...
"Seronok ke menggatal dengan jantan lain?" Perli Heriz. Wajahnya tidak lekang dari senyum sinis.
Raysa terlihat mengerut kening. Tiba-tiba je pak cik tua ni...
"Dengan adik aku pun kau nak try eh? Kenapa? Sebab kau tak dapat abang dia, kau nak menggatal dengan adik dia pula?" Sungguh asyik dia menuduh Raysa seolah-olah apa yang dituduhnya itu langsung tidak ada yang salah.
"Apa kau merepek ni, Heriz? Bila masa aku menggatal?" Raysa sudah naik angin. Tiada angin tiada ribut, tetiba tuduh orang sesuka hati. Siapa je tak marah?
"Aku tak nak kau rapat dengan adik aku." Keras Heriz memberi arahan. Mukanya sudah ditayang serius. Tiada lagi senyum sinis.
"Kenapa? Kau jealous?"
Heriz kelihatan terkedu sebelum cepat-cepat dia meneutralkan wajahnya kembali. Tiba-tiba dia ketawa sinis. Kuat. Raysa sudah naik menyampah.
"Aku jealous?" Tawanya masih kedengaran. Memang kelakar pun.
"Kenapa aku nak jealous? Aku sikitpun tak ada perasaan kat kau tau! Lainlah Aleeya, aku sayang dia. Of course aku akan jealous kalau dia rapat dengan lelaki lain." Sambung Heriz selepas tawanya reda.
Raysa mengetap bibir menahan diri daripada terasa hati.
"Tapi aku yakin, Aleeya takkan curang dengan aku. Dia takkan menggatal dengan lelaki lain."
"Dia bukan murah macam kau." Selamba Heriz menghina Raysa. Gadis itu terlihat mengepal kedua-dua tangan, mengumpul kekuatan. Dia tak tahu mengapa dia tak mampu membalas kata-kata lelaki itu walau sepatah pun.
"Why baby? Kenapa muka bakal isteri aku sedih pula ni? Aku ada salah cakap ke?" Sengaja dilembutkan suara seolah-olah simpati. Tiba-tiba dia ketawa sinis.
Raysa hanya merenung Heriz tajam. Gigi diketap kuat. Dada yang berombak kasar, cuba dikawal sebaik mungkin. Tarik dan hembus, Raysa...
"Kau tahu tak, aku suka tengok muka kau macam ni."
"Nampak sangat yang kau..." tubuhnya menghampiri Raysa.
"Lemah."
Setitik air mata Raysa jatuh ke pipi sebelum dia memalingkan wajah ke tepi.
Heriz hanya memandang Raysa tanpa perasaan. Langsung tidak terkesan dengan raut wajah Raysa yang penuh dengan penderitaan.
Raysa mengesat kasar air matanya sebelum menentang tajam mata helang Heriz.
"Kalau aku murah, kenapa kau nak kahwin dengan aku?" Suaranya yang serak basah hanya dibiarkan sahaja.
Heriz senyum sinis. "Sebab..."
Matanya menilik tubuh Raysa atas bawah, senyum sinis masih dilakar hebat.
"Barang murah memang senang dapat."
Hampir sahaja tangan Raysa naik ke pipi Heriz tetapi gadis itu menahan dirinya.
"Kenapa stop? Tampar lah. Lepaskan kemarahan kau pada aku sekarang." Heriz hanya menayang wajah selamba. Langsung tidak terkejut dengan tindakan berani mati Raysa tadi. Cuma dia pelik mengapa gadis itu berhenti secara tiba- tiba?
Perlahan-lahan tangannya turun kembali sebelum dipegang kuat oleh Heriz. Diletak tangannya ke pipi lelaki itu.
"Tamparlah. Aku izinkan."
Raysa hanya diam.
"Sebab lepas kahwin nanti, aku akan pastikan tangan kau ni tak berani langsung naik ke pipi aku."
"Atau kau yang akan dapat sakit." Dingin Heriz berbicara.
Raysa menarik kasar tangannya kembali sebelum beredar meninggalkan Heriz yang masih asyik dengan wajah sinisnya.
'Out of all the people who had to hurt me, why did it have to be you?'
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 2 ] Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanyalah gadis biasa yang perwatakan ganas dan kasar. Se...
Part 26
Start from the beginning