BAB 3

14.3K 820 59
                                    

TOK! Tok! Tok!

Pintu bilik kerja Zafran diketuk sebelum tombol pintu dipulas. Matanya meliar mencari kelibat suaminya itu yang tiada di meja kerja.

“Awak, makan malam dah siap.”

Jeda.

“Awak.” Nada ditinggikan sedikit apabila kelibat suaminya langsung tidak menyapa pandangannya. Seketika kemudian barulah muncul kelibat Zafran dari dalam bilik kecil yang terdapat dalam ruangan kerjanya itu.

“Nak apa?” soal Zafran kemudian mengambil tempat duduk di meja kerjanya.  Kaca mata diperbetulkan kemudian dia menumpukan perhatian pada skrin komputer ribanya. Kacak tapi sayang perangai dan layanan kepada isteri tak serupa bikin. Kehadiran Auliya seolah-olah tak dipedulikan.

“Makan malam dah siap. Awak nak makan sekarang ke? Kalau tak saya siapkan.” Auliya masih berdiri di muka pintu menunggu jawapan daripada suaminya itu. 

Zafran tidak menjawab tetapi mula mengangkat punggung dari kerusi pejabatnya. Fahamlah Auliya yang suaminya itu ingin makan malam.

“Aku dah cakap tadi petang aku laparkan. Boleh pula kau tanya aku nak makan ke tidak.” Auliya hanya memekakkan telinga apabila Zafran mula bernada sinikal. Sudah hampir empat tahun dia hidup bersama Zafran jadi semuanya dia sudah hadam. Cara terbaik adalah mendiamkan diri. Jika tidak, pasti bakal ada pertengkaran tercetus dan suaminya itu bakal naik tangan lagi.

Auliya mencedokkan nasi ke pinggan Zafran. Lauk-pauk yang terhidang dikaut satu per satu ke pinggan suaminya itu. Setelah itu, barulah dia mengambil lauk untuk dirinya. Sebaik membaca ‘Basmallah’ Auliya mula menyuap makanan ke mulutnya.  Suasana di meja makan itu hanya hening.

“Lusa kau angkut barang-barang kau masuk dalam bilik aku.” ujar Zafran membuka bicara setelah lama berdiam diri. Auliya memandang suaminya itu tidak berkedip. Sebelum ini suaminya itu yang beria mengasingkan bilik mereka. Kenapa pula sekarang kena pindah masuk biliknya?

“Kenapa saya kena pindah pula? Kan kita dah memang asing bilik macam yang awak nak masa awal-awal kahwin dulu.”

“Kau ingat aku nak sangat ke sebilik dengan kau? Kalau tak kerana mummy nak bermalam dekat sini tak adanya aku nak sebilik dengan kau.” Tajam balasan Zafran itu. Auliya telan sahaja bulat-bulat. Dia sudah masak dengan tutur kata suaminya itu.

“Lusa kau angkut barang-barang masuk dalam bilik aku. Mummy akan bermalam kat sini selama seminggu. Kau bukan tak tahu kan mummy tu suka spot-check. Jadi kau kena pastikan tak ada satu benda pun yang boleh kantoikan kita. Kalau kantoi, siap kau aku kerjakan.” ucapan Zafran berbaur amaran. Auliya hanya mengangguk faham. Begitulah rutin yang perlu dia lakukan apabila ibu mertuanya datang bermalam ke rumah mereka. Selama seminggu itu juga dia terpaksa berlakon sebagai pasangan suami isteri paling bahagia. Bahagialah sangat!

Jujur Auliya lelah dengan semua ini. Sampai bila dia perlu berjuang seorang diri untuk mempertahankan mahligai yang terbina ini? Andai dia berjuang seorang diri, tiada hasilnya jika Zafran tidak punya niat dan tujuan yang sama. Sikit masa lagi perkahwinan mereka ini bakal berada di ambang penceraian jika tidak diselamatkan.

Hari berlalu dengan pantas. Tanpa sedar hari ibu mertuanya bermalam di rumah mereka telah tiba. Auliya sibuk memindahkan semua barang-barangnya ke bilik Zafran. Rumah semua sudah dikemas dan memastikan tiada apa yang boleh memecahkan tembelang mereka berdua.

Kapten Hafiy Lutfan | SUWhere stories live. Discover now