BAB 4

14.5K 708 29
                                    

“AULIYA, mummy nak tanya sesuatu boleh?” Tangan menantunya itu diraih oleh Datin Mariah. Wajah Auliya ditatap. Senyuman tidak lekang dari wajah wanita itu. Memang manis senyuman itu tetapi masih dapat dikesan senyuman itu menyembunyikan suatu kedukaan.

“Auliya dengan Zafran, okay?” Tertanya-tanya juga keadaan hubungan anak menantunya itu. Walaupun anak menantunya itu mempamerkan kebahagiaan, entah kenapa naluri keibuannya merasakan ada sesuatu yang disorokkan di sebalik kebahagiaan yang terpamer.

“Kenapa mummy tanya macam tu? Auliya dengan abang Zaf okay je.” Auliya ketawa kecil. Lebih tepat, ketawa palsu. Hati mulai gementar. Takut andai mummy sedar akan lakonannya dengan Zafran.

Mummy saja tanya. Auliya dengan Zaf lama tak datang rumah. Yelah, kut Auliya dengan Zaf gaduh ke. Mummy tahu Zaf tu kadang-kadang cakap main lepas aje. Tapi, dia tak maksudkan pun.” Apabila dirasakan menantunya tidak akan menceritakan perkara sebenar, dia hanya mampu mengalah. Datin Mariah tidak mahu memaksa. Dia tahu batas dirinya. Urusan rumah tangga adalah urusan anak menantunya dan bukan dia. Dia hanya mampu menasihati dan tidak akan sesekali campur tangan melainkan benar-benar perlu.

“Liya tahu mummy. Liya dengan abang Zaf tak gaduh pun. Cuma kebelakangan ni busy sikit. Tak sempat lagi nak cari masa sesuai pulang rumah mummy dengan daddy. Kadang-kadang Liya tak sibuk, Abang Zaf pula yang sibuk outstation. Sorry tau mummy.”

Auliya cuba untuk menghilangkan syak wasangka ibu mertuanya itu. Berharap dengan alasan yang dicipta itu dapat diterima pakai. Tipu sunat!

“Yelah. Mummy faham. Liya pun ada kerjaya. Zaf pun sibuk dengan projek-projek. Mummy faham. Cuma jangan terlalu sibukkan diri sampai hubungan suami isteri tu terabai dan mulai renggang.” Datin Aida sekadar menasihati. Dia tahu ada sesuatu yang sedang berlaku dalam rumah tangga anak menantunya itu. Cuma, dia tidak mahu terlalu mmendesak. Kedua-dua mereka juga sudah dewasa dan matang dalam menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Datin Aida juga tahu rumah tangga Zafran dan Auliya terbina bukan atas dasar cinta. Semuanya demi menyelamatkan maruah kedua buah keluarga apabila pengantin perempuan atau lebih tepat arwah Aafiyah iaitu; kakak kandung Auliya sendiri yang larikan diri dari majlis pernikahan. Walau bagaimanapun, Datin Aida tetap menerima Auliya sebagai menantu kerana percaya mungkin begitulah jodoh mereka sudah tertulis. Dia cuma harapkan Zafran turut berdamai dengan takdir itu.

Datin Aida risau andai selama hampir empat tahun ini Zafran masih belum dapat menerima takdir itu. Masih segar diingatannya saat dia mendengar Zafran menjerkah Auliya pada malam pengantin mereka. Dia tidak boleh lupakan betapa Zafran menyalahkan Auliya kerana menerima desakan keluarga untuk menggantikan arwah kakaknya sedangkan Zafran menolak sekeras-kerasnya. Katanya, hanya Aafiyah yang layak menjadi pengantin perempuan dan tiada sesiapa yang layak untuk menggantikannya.

“Kalau Zaf ada sakitkan Liya, bagitahu mummy. Jangan pendam sorang-sorang. Biar mummy cuci dia habis-habis. Sental dengan clorox sekali.” ujaran Datin Aida itu mengundang tawa Auliya. Mahu sahaja dia luahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini. Tetapi, dia tidak mahu membuka aib sesiapa. Lagi-lagi Zafran itu adalah suaminya. Dia tahu dirinya juga punya kekurangan bukan sahaja Zafran.

Mummy janganlah risau. Kami okay je. Liya dengan abang Zaf baik-baik aje. Mummy doakanlah kebahagiaan rumah tangga kami ya.” Auliya senyum segaris. Saat ini hanya itu sahaja yang dia pinta. Doa. Doa daripada seorang ibu. Mendoakan agar rumah tangga dia dan Zafran masih dapat diselamatkan walaupun sebenarnya dia sudah terlalu lelah untuk berjuang berseorangan begini. Tetapi, siapa tahu? Kerana doa seorang ibu itu tiada hijabnya.

Datin Aida mengangguk bersama senyuman nipis. Dia sentiasa doakan yang terbaik buat anak menantunya. Siang dan malam dia tidak lupa untuk berdoa semoga Allah S.W.T berikan yang terbaik buat mereka. Dia tahu tidak mudah untuk mengemudi bahtera rumah tangga ini kerana dia terlebih dahulu makan garam. Tiada yang mustahil jika kedua-duanya memainkan peranan dan berjuang bersama-sama. Namun, andai rumah tangga yang terbina ini bukan yang terbaik untuk anak dan menantunya; dia menerima dengan lapang dada. Dia cuma harapkan yang terbaik buat mereka. Kerana dia percaya manusia merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

“BANYAK sangat ke kerja dekat pejabat tu Zaf?” Datin Aida membuka bicara apabila keadaan meja makan itu sejak tadi hening. Zafran panggung kepala dan melihat ke arah mummy. Senyuman kecil dia ukirkan buat si ibu. Kepalanya turut mengangguk kecil.

“Banyak juga my.. Zaf pun selalu kena turun ke site untuk tengok progress projek pembinaan. Tu yang Zaf sekarang busy, kadang-kadang kena outstation.” Zafran tahu mummy faham skop kerjanya sebagai arkitek. Setiap projek yang diterimanya perlu diawasi dari awal pembinaan hingga siap sepenuhnya. Dan setiap projek bukan mengambil masa yang singkat tetapi cukup lama.

“Kerja, kerja juga Zaf. Isteri dekat rumah jangan sampai terabai. Kalau selalu sangat outstation, suruh Liya ke rumah mummy dengan daddy. Tak adalah dia sunyi sangat. Kamu tu kalau outstation bukan sekejap kadang-kadang berhari-hari.” Datin Aida mula membebel. Bukan saja-saja tetapi dia hanya ingin menasihati anaknya itu. Risau andai Auliya rasa terabai apabila Zafran seringkali meninggalkan menantunya itu keseorangan di rumah.

“Kalau Zaf pergi outstation, Zaf suruh Auliya bermalam dekat rumah kawan dia. Bukan tak nak suruh Auliya pulang rumah mummy dengan daddy. Tapi rumah sewa kawan Auliya lagi dekat. Senang isteri Zaf nak mengajar. Tak terkejar-kejar.” Zafran cipta alasan sebaik mungkin. Memang dia benarkan Auliya untuk ke rumah Haura tetapi dia melarang keras untuk Auliya kembali ke rumah ibu bapanya berseorangan. Dia risau andai Auliya terlepas cakap dan rahsia mereka kantoi begitu sahaja.

Andai mummy dan daddy tahu dia sering mengasari Auliya, memang bakal tercetus perang dunia ketiga. Bukan dia tidak tahu yang mummy sangat sayangkan isteri yang dia sendiri tidak iktiraf ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 23, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kapten Hafiy Lutfan | SUWhere stories live. Discover now