Marah Dalam Rindu

Start from the beginning
                                    

YuTeng tersenyum sumbing.

"Sejak bila pula ibu menangkan ZiHong? Bukankah dulu ibu tak suka YU berkahwin dengan ZiHong?" Soal YuTeng, mengangkat kening. Hannah turut tersenyum. Dia akui dia tidak begitu senang dengan ZiHong pada awalnya. Namun, kini tanggapannya terhadap ZiHong sudah pun berubah apabila melihat dari cara layanan dan kesungguhan ZiHong untuk membahagiakan YuTeng.

"Sebab ibu pun dah mula sukakan ZiHong. Ibu nampak kesungguhan ZiHong tu untuk bahagiakan YU. Keluarga Lin pun orang yang baik-baik. YU sepatutnya rasa bertuah tahu dapat suami dan keluarga mertua yang baik macam tu. Taraf kita dengan mereka sangat jauh berbeza. Tapi mereka tetap melayani kita dengan baik."


YuTeng tidak terus menjawab. Kalaulah mereka tahu sebab sebenar perkahwinan kami, mustahil mereka akan terima YU dengan baik, ibu. Hati YuTeng hanya mampu bermonolog sendiri. Pastinya Hannah juga tidak akan menyenangi ZiHong sekiranya dia mengetahui mengenai rahsia yang tersimpan di sebalik terjadinya perkahwinan antara dirinya dan ZiHong itu.

"YU tahu,ibu."

Kedengaran lelaki itu melepaskan keluhan perlahan. Sudu yang berada dalam pegangannya itu diletaknya perlahan di atas meja.

"Memang betul...YU marahkan ZiHong." YuTeng lebih selesa memandang ke arah hidangan yang berada di hadapannya itu. Seleranya mulai mati.

"...Tapi itu tak bermaksud YU bencikan dia. YU masih sayangkan dia. Tapi..."

"Kenapa ZiHong tak boleh percayakan YU macam yang YU percayakan dia? Dia sendiri minta YU untuk percayakan dia tapi kenapa dia tak boleh buat perkara yang sama kepada YU? " Soal YuTeng,lebih kepada menyoal dirinya sendiri. Hannah sekadar mendengar. Selama hampir dua minggu YuTeng berada di situ, baru kali ini lelaki itu meluahkan segala isi hati yang dipendamnya itu.

"Adakah sebab YU jauh lebih muda daripada dia...dan sebab tu dia tak boleh nak percayakan YU? Dia tak yakin yang YU juga boleh lindungi dia?" Soal YU lagi. YU mengeluh kesal sambil meraup wajahnya.

"YU...YU sangat kecewa. Tu saja,ibu." Sambungnya lagi,perlahan. Hannah kemudiannya mengambil tempat bersebelahan dengan YuTeng sebelum tubuh lelaki itu ditariknya ke dalam pelukan. YuTeng sekadar membiarkannya. Rambut YuTeng yang sedikit panjang itu dibelainya lembut, penuh kasih sayang.


"YuTeng sayang..."

"Ibu faham apa yang YU sedang rasakan sekarang. Tapi kita tak tahu yang mungkin ZiHong ada sebabnya sendiri. Sebab tu dia cuba nak berikan penjelasan kepada YU, cuma dia masih belum diberikan peluang. Apa yang pasti, ibu yakin ZiHong cuma tak nak YU rasa bimbang."

YuTeng mengangkat kepalanya dengan dahinya yang berkerut.

"Ibu menangkan ZiHong lagi,"kata YuTeng,tidak berpuas hati. Hannah tersenyum, cuba menahan diri daripada ketawa. Dengan suami sendiri pun, dia nak cemburu.

" Dalam hal ni, ibu tak menangkan siapa-siapa, YU. Ibu cuma beri pendapat ibu saja. Kalau betul ZiHong salah, maka salahlah ZiHong. Sama juga dengan YU. Walaupun YU ialah anak ibu, tapi kalau kesalahan tu berpunca daripada YU, ibu tetap nak YU bertanggungjawab."

Pipi lelaki itu diusapnya lembut. Wajah YU ditatapnya dalam diam. Semakin lelaki itu menginjak dewasa, wajahnya semakin mirip dengan mendiang ibunya yang terkorban dalam kebakaran bertahun-tahun yang lalu. Oleh sebab itu, perasaan bersalahnya terhadap YuTeng semakin menebal dari tahun ke tahun. Namun, kerana satu janji, rahsia mesti disimpan rapi sehingga sampai satu waktu ketika semuanya dapat diceritakan semula kepada YuTeng.



Imbas kembali


I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now