❝𝐃𝐢𝐫𝐭𝐲 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 | 20❞

904 69 1
                                    


"Ni rumah you?"

Miya mengangguk laju .  Melihat wajah Kai, dia pasti lelaki itu sendiri tak sangka dia punya penthouse sebesar dan semewah ini.

Riak bingung yang jelas terpapar di wajah lelaki itu sudah tunjukkan segala yang ada di fikirannya.

"You tak expect I ada rumah macam ni ke?" Duga Miya, mata dikecilkan seolah-olah menghakimi jawapan yang bakal keluar dari bibir lelaki itu.

"Kinda. Banyak betul duit you ."Kai hanya jongketkan bahu. Dia sendiri tahu betapa mahalnya rumah yang ada di sini. Mungkin dia sendiri tak mampu miliki unit-unit di sini jika guna duitnya sendiri. 

" Kalau I cakap I curi duit orang , you percaya ke ?"

Miya tergelak kecil saat Kai memandang terus ke arahnya . Dia sendiri tak akan marah jika Kai percaya kata-katanya. 

"I main-main je la. Someone hadiahkan dekat I actually." Bahu Kai ditepuk perlahan. Tahulah Kai sudah termasuk umpannya. Dia nampak bagaimana lelaki itu meragui setiap perlakuannya.

Sebelum Kai bertanya lebih, cepat-cepat Miya memotong percakapannya. 

"Dah, I masuk dulu. Nanti nak kena pergi masuk office balik. Lambat nanti abang you tu marah pulak." Kad akses di tangan di sentuh di pintu, lalu tanpa aba-aba pintu yang cantik itu terbuka .

Badan kembali menghala ke arah Kai yang masih memandang ke arahnya.

"Sorry, tak boleh nak ajak you masuk." Miya tayang senyum nipis. Jam di tangan dilihat selintas lalu . 11 tengahari. Pukul 3 dia perlu masuk kembali ke pejabat, atas arahan Noah . Ada kerja yang perlu diselesaikan katanya . Entah betul atau tidak . 

" I hantar you pergi office. "

Cepat-cepat Miya menggeleng. Malas mahu bergantung kepada Kai. Dia ingin berdikari.

Dan sudah pastinya dia malas nak berlakon di hadapan orang ramai . Pasangan bahagia kononnya, heh .

"No. I boleh pergi sendiri."

"No. I hantar you." Tekad suara Kai ketika itu . Lagipun dia sendiri tahu Miya tidak ada keretanya sendiri.

"You nak naik apa? Grab?" Miya menjeling wajah selamba Kai. Sempat bebola  matanya diputarkan.

"Urghh, buy me a car then ."

"You jadi wife I , satu building ni pun I boleh beli." Miya terdiam. Rasa nak tumbuk je mulut Kai jadi bisu.

Erghh! Nak bayangkan pun dia tak mampu. Tak sanggup dia jadi isteri lelaki itu .

"Dahlah! Pergi balik. I nak bersiap ni."

"12 :30 sharp. I ada dekat bawah. Kita lunch dulu before hantar you pergi office."

"Fine"

" I balik dulu." Sempat senyuman manis dihadiahkan kepada gadis itu sebelum pintu itu ditutup .

Kaki melangkah perlahan-perlahan ke arah lif yang terletak di hujung lobi itu . Sebaik sahaja dia pasti Miya sudah selamat masuk ke dalam rumahnya, telefon yang berada di tangan, di bawa ke sisi telinga kanan.

"Zack . Hampshire Place. 15-3 . Miya Adora. Find out who purchased that penthouse."













"Noah, apa progress tender yang papa amanahkan kamu pegang tu?" Mata Dato' Sahlan tetap memandang wajah anak lelaki sulungnya itu. Sengaja dia arahkan Noah berjumpa dengannya hari ini.

Dirty SecretsWhere stories live. Discover now