"In your dreams!" marah Kayla menghentak kaki.
"Mana awak tahu saya mimpikan awak cium saya?" Adrian buat muka pura-pura terkejut. Wajah Kayla mula memerah. Ada saja akal Adriano untuk mengusik dia.
"Malas saya cakap dengan awak," Kayla tarik muncung sebelum berlalu meninggalkan Adrian yang ketawa dengan telatahnya. Adrian pandang belakang Kayla yang semakin hilang.
"I have missed you so much, Heart." Bisiknya.
"BILA KAMU DATANG MALAYSIA?" Puan Heliza mulakan sesi soal jawab dengan menantu mengejutnya itu. Adriano pula lansung tidak kelihatan gentar. Mungkin juga sudah terbiasa dengan situasi begini. Maklumlah keluarga lelaki itu juga bukan calang-calang.
"Saya ulang-alik dari Malaysia dah dua tahun mak," Adriano berterus terang. Kayla kerut dahi tanpa sengaja. Sudah dua tahun ulang-alik tetapi lansung tak ada tanya khabar aku dengan Adam?
"Kalau dah dua tahun ulang-alik kenapa tak pernah datang lawat Meera dengan Adam?" seperti dapat membaca isi hati Kayla, Puan Heliza bertanya. Terbaiklah mak.
"Sebab saya belum dalam keadaan untuk berjumpa dengan mereka mak," Adriano jawab bertapis. Ketika itu Encik Hassan memberi isyarat kepada Puan Heliza dengan gelengan kepala. Perbuatan abahnya itu dilihat oleh Kayla. Kayla yakin, abahnya itu tahu sesuatu.
"Zio, does this mean you will stay with us?" Adam yang sedari tadi seronok menjamu selera bertanya. Puan Heliza ketawa kecil. Dicubit lembut pipi cucunya itu.
"Seronoklah tu. Adam nak Zio tinggal dengan kita?" Puan Heliza bertanya. Adam terus angguk teruja membuatkan Encik Hassan dan Puan Heliza ketawa gembira.
Kayla kecilkan mata ke arah mereka berdua. Amboi-amboi. Teruja lain macam. Lagi angin apabila Kayla lihat Adriano turut senyum lebar. Seolah-olah dapat merasakan renungan maut Kayla, Adriano menoleh ke arahnya. Sempat lagi lelaki itu kenyit mata. Sekali Kayla hadiahkan jelingan maut.
"Sebenarnya, saya ada benda sikit nak cakap dengan mak dan abah," Adriano tiba-tiba berkata. Kayla angkat kening. Nampak serius. Lelaki itu kelihatan risau sedikit.
"Kalau boleh, saya nak bawa Kayla tinggal dengan saya," hampir terbuntang mata Kayla mendengar permintaan Adriano. Dia terus melemparkan pandangan ke arah Mak dan Abahnya. Semoga ibu bapanya tidak setuju.
"Oh! Abah ingatkan apalah tadi. Kenapa nak kena tanya kami. Kamu kan suami Meera. Tempat isteri memang sepatutnya di sisi Suami." Encik Hassan lansung setuju tanpa sebarang persoalan. Kayla yang berada di situ hampir ternganga. Dia pandang maknya pula. Berharap maknya itu membangkang.
"Bawalah Adrian. Yang penting kamu jaga dia baik baik. Adam ni kamu nak bawak sekali ke?" Sekali lagi Kayla rasakan dia seperti putus harapan. Mak dan abahnya lansung tidak faham. Mudah sekali mereka membiarkan orang lain mengambil anak mereka. Tetapi dia juga tidak boleh salahkan mereka seratus peratus. Maklumlah mereka tidak tahu apa-apa.
"Adam, do you want to come with me?" Adriano bertanya kepada Adam yang sedang makan dihadapannya. Kayla juga dalam diam turut menunggu jawapan Adam. Adam kelihatan seperti sedang berfikir.
"I will stay with you on weekend, Zio. I have schools. So I need to stay with nonno and nonna on weekdays," Adam berkata. Lagaknya kelihatan sungguh bijak dan matang. Puan Heliza disebelah turut senyum. Bangga melihat Adam membesar dengan matang walaupun tiada ibu bapa.
MALAM ITU, memandangkan Adriano telah memutuskan untuk bermalam di situ. Awal-awal lagi Kayla sudah menghamparkan comforter di atas lantai untuk lelaki itu. Memang tidaklah dia hendak membiarkan Adriano tidur sekatil disebelahnya.
Adriano masuk ke bilik dan mengangkat kening saat melihat tilam yang sudah terbentang di hadapannya. Dia ketawa kecil.
"You have well prepared," ujarnya dengan senyuman di bibir. Adriano mencapai baju yang tersedia dia atas katil sebelum melangkah ke bilik air. Lebih kurang 15 minit kemudian, Adriano selesai mandi. Kayla pula cepat-cepat pura tidur.
"Kayla, are you asleep?" Pertanyaan Adriano dibiarkan berlalu sepi. Kayla mendengar bunyi derapan kaki Adriano ke sebelah katilnya. Dia beranggapan mungkin lelaki itu sudah melangkah ke tempat tidur yang disediakan. Lama dia tutup mata pura-pura tidur. Suasana di sekeliling bilik juga sudah senyap. Lantas, Kayla buka mata.
Hampir dia terkejut apabila melihat wajah Adriano begitu hampir dengannya. Terus terlompat bangun Kayla dibuatnya. Kayla duduk atas katil sambil menenangkan degupan jantungnya ketika itu.
"Apa awak buat ni?" marah Kayla. Buat malu dirinya sendiri sahaja. Adriano pula sudah tahan senyum.
"Saya ingatkan awak dah tidur," Adriano berkata dengan nada sedikit menyindir. Kayla jeling geram.
"Habis tu, awak nak jadi stalker duk tenung orang tengah tidur," kata Kayla lagi tidak puas hati. Geram saja dia tengok si Adriano ni.
"I know you are not sleeping yet heart. You hate sleeping with the lights on," kata Adriano sambil mengebas selimut yang telah Kayla letakkan untuknya itu. Kayla gigit bibir. Termalu dengan helahnya sendiri.
"Awak yakin tak nak saya tidur dekat atas?" Adriano tanya lagi dengan nada mengusik. Ketika itu dia sudah membaringkan badan ke atas comforter yang dihampar di atas lantai itu.
"Tak payah," Kayla merengus marah seraya menarik selimut menutupi kepalanya. Hendak sorokkan wajah dari pandangan Adriano.
"Saya boleh jadi bantal peluk awak," Adriano mengusik lagi. Kayla mendengus.
"Tak perlu. Saya tak perlukan bantal peluk macam awak,"
Adriano ketawa kecil sambil memandang syiling bilik. Tangan diletakkan di belakang kepala.
"Goodnight Heart,"
Kayla diam tidak memberikan respons.
YOU ARE READING
Mrs. Adriano (S1) Mrs. Adrian Naufal (S2)
RomanceHumeera Mikayla & Adriano Marcello ADRIANO MARCELLO. Dibesarkan dalam keluarga yang kejam. Pain. Nightmare. Adriano telah laluinya sejak kecil. Pengalaman menjadikan hati dan dirinya kebal. "We are married for your protection. Don't put too much...
Season 2 Bab 14
Start from the beginning