"Abang buat apa duduk sini. Nanti kena embun. " Tegur Yuzma saat lelaki itu melabuhkan punggung ditepi tembok setinggi paras lutut itu.
"Tak apa. " Yuzma menggeleng dengan sikap degil Aidan.
"Baby okay? " Soal Aidan. Perut Yuzma yang sudah mulai menonjol dia usap lembut. Sesekali dilabuhkan ciuman pada perut itu.
"Mestilah okey. Baby kan budak yang baik. " Jawab Yuzma seraya tersenyum. Suka bila Aidan berbicara dengan anak didalam kandungannya.
"Abang, Yuz lapar... "
"Lapar? " Aidan tersentak. Baru tadi Yuzma makan. Sekarang dah lapar semula.
"Nak makan apa? " Soalnya.
"Nak salad ayam boleh? " Pinta Yuzma.
Aidan tersenyum seraya mengangguk. Mujur isterinya tak minta makanan segera. Jenuh juga dia nak pujuk nanti. Sepanjang kehamilan Yuzma, entah berapa kali dia dan Yuzma berperang mulut gara-gara makanan segera. Dipujuk berkali-kali sampai isterinya itu faham kesan mengamalkan makanan segera ketika hamil. Sejak-sejak hamil ni Yuzma dah semacam bukan doktor. Tiba-tiba pula gelaran doktor tu hilang. Semua makanan tak sihat nak di bantainya.
"Balik nanti abang buatkan boleh? " Soalnya.
"Thank you, abang. " Ucap Yuzma sebelum memeluk Aidan. Tidak peduli dimana mereka sedang berada kerana dia lagi senang hati bila permintaannya dipenuhi Aidan.
"Jom balik. Sudah-sudahlah bercengkerama dekat situ. " Harith berbunyi tidak jauh dari mereka. Kelihatan yang lain sudah ada sedang menunggu drama mereka berdua dengan senyum mengusik.
Lantas mereka melangkah sambil tersenyum malu.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•
PUAN Sri Lailatul melangkah turun ke bawah bila melihat lampu di ruang tamu masih terbuka. Setahunya anak sulungnya dan sahabat-sahabat anak sulungnya sedang berada di tingkat atas. Baru tadi dia melihat mereka sedang bersembang di ruang rehat tingkat atas.Suara yang sedang bersembang di dapur dituju. Masuk saja di ruang dapur, kelihatan anak bongsunya dan menantunya sedang duduk di meja di tengah ruang dapur itu sambil bersembang.
"Adik, Aidan. Kenapa tak tidur lagi? " Soalnya seraya menghampiri mereka.
Aidan dan Yuzma serentak menoleh.
"Yuz nak salad ayam. Tu yang Aidan buatkan. Lagipun Aidan dah janji tadi. " Jelas Aidan. Mata merenung Yuzma yang ralit dengan salad ayamnya. Semangkuk salad sudah dia buatkan untuk Yuzma.
"Mama nak? Ada lagi dalam peti sejuk tu. " Puan Sri Lailatul menggeleng.
"Tak. Mama kenyang lagi. " Jawabnya sebelum merenung Yuzma beberapa saat dan lalu dia menggeleng.
"Tak apalah. Mama naik dulu. Jangan lewat sangat tidur tu. Lampu dekat ruang tamu tu jangan lupa matikan pula. " Pesannya.
"Baik mama. " Jawab mereka berdua.
Yuzma yang sedang makan direnung ralit. Bibir melorek senyum saat melihat pipi itu mengembung saat mengunyah makanan.
"Sedap ke? " Soalnya. Yuzma menoleh lalu mengangguk.
"Habiskan cepat. Boleh rehat sebelum masuk tidur. " Ujarnya dan segera bangkit. Meja yang belum sempat dikemas dia tuju sebelum dikemas semua peralatan yang dia gunakan tadi.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...
BAB 50
Start from the beginning