Langkah diatur menuju ke hujung tempat menyorok
Melihat sekeliling kawasan itu. Tak ramai. Mereka semua dah hilang kewarasan kerana mabuk dan dadah. Beri peluang yang besar untuk aku ambik briefcase tu
Hinggalah mata aku tertacap pada briefcase hitam tidak jauh daripada aku itu, senyuman aku terukir
Aku memandang Sangyeon semula
"Cover aku eh?" Sangyeon mengangguk
"Goodluck, Sunhwa" Ujar dia memberi semangat
Aku rendahkan tubuh sedikit hingga tertunduk. Berjalan perlahan lahan di kawasan yang tidak berlampu. Sementara itu, Sangyeon mengekori daripada belakang. Mengekalkan jarak yang jauh
Sampai di tempat briefcase itu terletak, cepat cepat aku mengambilnya daripada atas meja
BIB BIBB!!!
Serentak aku mencantas beg itu, penggera berbunyi di seluruh gudang
"Penceroboh!"
Teriak manusia di dalam
"Sunhwa! Sini!" Panggil Sangyeon. Pantas aku berlari kearah dia. Ikut larian dia ke jalan keluar
Bang bang!
Tembakan mula kedengaran menandakan mereka sudah menemui kami
Daripada belakang, aku boleh lihat dengan jelas dan nyata Sangyeon membalas tembakan. Berkerut wajahnya tanda dia sedang fokus dan serius
Dengan pakaian seragam bewarna hitam dia itu, menambahkan lagi maskulin dia buatkan mata aku hanya tertumpu pada dia sahaja
Padahnya, aku lalai dengan keadaan sekeliling
Bang!
"Ark!" Sebutir peluru terkena sipi pada bahu aku
Baru tersedar aku berada di laluan yang salah. Laluan yang menghala kearah mereka
"Shit--"
"Yah Sunhwa!"
Semasa beberapa peluru sedang melayang kearah aku, terasa pinggang aku ditarik oleh sepasang tangan kekar dengan mengejut hingga aku terdorong keluar gudang
Terbeliak mata aku dibuatnya apabila tubuh aku melekat dengan tubuh Sangyeon
Tangkas sebelah tangan dia mengeluarkan beberapa bom tangan lalu di baling ke dalam gudang
Apabila bom tersebut meletup, mata Sangyeon tajam memandang aku
"Kau boleh mati tadi tahu tak?! Macam mana kau boleh hilang fokus?!" Bebelan dia aku abaikan
Walaupun panjang dia menyambung, satu pun aku tak dengar. Tekun memandang dia yang sedang terkumat kamit memberi ceramah dengan wajah serius
'Shoot... He is so sexy... '
"Sangyeon ah..." Panggil aku mematikan bebelan dia
"Apa?!"
"Kau teringin tak nak ada wife?" Dahi dia berkerut
"Soalan apa kau ni? Langsung tak kena dengan keadaan! Dah jom" Dia leraikan tangan yang berada di pinggang aku
Berjalan laju meninggalkan kawasan. Aku berlari anak mengejar langkah dia
"Dah ada calon?" Dia tak menjawab
"Girlfriend?"
Sangyeon berhenti
Mata dia jatuh pada bahu aku yang berdarah. Luka itu disentuhnya
"Sakit?"
"Sikit"
"Kalau macam ni?" Dia tekan luka itu
"Arghhh!" Secara refleks aku tepis tangan dia
"Tahu pun sakit!" Giliran dahi aku pula dijentiknya
"Aku tak tahulah skru mana yang longgar dalam otak kau ni. Tanya soalan pelik pelik"
"Tak pelik pun! You distract me! Kau punca aku hilang fokus dan hampir mati!" Jujur aku kerana sakit
Senyuman dia terukir sinis
"Did I... attract you?" Soal dia. Selamba aku mengangguk
"Be mine" Ujar aku. Sangyeon terpana
"Selamba tu je?" Aku mengangguk yakin
"Aku cop kau dulu sebelum orang lain. Can I?"
"Kenapa aku?"
"Sebab kau sexy. I love sexy guy" Sangyeon menggeleng kepala sambil tergelak kecil
Tangan aku ditariknya agar kembali ke kereta memandangkan sudah terdengar bunyi bunyi bahawa kami sedang dikejar
"Jujur. Aku suka perempuan yang jujur"
▲▲▲
🍁; Beratur guys. Jangan tolak tolak
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended:
🌷 LSY ¦ Be Mine
Start from the beginning