Selepas menghantar adiknya ke sekolah , Fitrie dalam perjalanan untuk lapor diri sebagai pegawai baru di IPK Kuala Lumpur. Setelah dia sampai di hadapan IPK, dia memarking keretanya di tempat letak kereta yang berada di dalam kawasan IPK itu.
...
Shahril melihat gambarnya sewaktu zaman sekolah . Didalam gambar itu menunjukkan dia bersama sahabatnya yang sekian lama tidak berjumpa apabila masing masing fokus kepada hala tuju. Sementara itu dimana Hafizi memeriksa data-data kes didalam komputer yang masih belum siap.
" Rindunya zaman sekolah aku dulu.'' Ujar Shahril sambil menatap gambar itu. Dia merindui kawan lama satu sekolah dengannya. Hafizi dengan spontan mengambil gambar itu ditangan Shahril dan melihat wajah kawan lamanya.
'' Apa nama kawan lama kau ini?'' Sapa Hafizi.
'' Nama dia Fitrie Amsyar, aku pun tak tahu dimana dia sekarang" Keluh Shahril. Dia menukar kepada gambar yang lain yang berada didalam telefonnya.
Tiba-tiba pegawai atasan mereka masuk dan membuka pintu bilik kerja itu.
'' Tuan!'' Tabik hormat mereka berdua kepada pegawai atasan itu.
'' Saya nak maklumkan, sekejap lagi ada pegawai baru, pangkat Inspektor akan diserap didalam unit ini.'' Sapa pegawai atasan itu.
Shahril dan Hafizi memandang antara satu sama lain apabila terdengar ada pegawai baru akan diserap ke dalam unit mereka tetapi mereka tidak tahu siapa gerangan pegawai baru itu.
''Jadi saya nak kamu berdua bersiap sedia dan sejam dari sekarang saya nak kamu berdua pergi ke bilik mesyuarat untuk kenalkan dengan pegawai baru itu. Faham?''
'' Faham Tuan! ''
Kesemua pegawai dan anggota berjalan menuju kearah bilik mesyuarat dan semua daripada mereka melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat.
Semua pegawai dan anggota sudah berada di bilik mesyuarat untuk memperkenalkan pegawai baru yang baru sahaja diserap ke unit itu. Beberapa minit kemudian, pegawai atasan mereka sudah tiba di bilik mesyuarat bersama pegawai itu.
" Selamat Pagi semua!" Sapa pegawai atasan itu.
"Selamat pagi Tuan." Sapa mereka semua.
" Baiklah,hari ini saya memperkenalkan, ini Inspektor Fitrie Amsyar daripada IPK Pahang." Inspektor Fitrie bersalam dengan semua anggota dan pegawai disitu.
" Fitrie, saya harap awak dapat memberi contoh dan prestasi terbaik kepada semua anggota kita." Tegur pegawai atasan.
" Saya faham Tuan." Sapa hormat Fitrie.
Selepas sesi perkenalan dengan pegawai baru itu, Hafizi dan Shahril serba salah untuk bertegur sapa kerana air muka Fitrie yang langsung tiada senyuman sedangkan Fitrie sangatlah seorang yang peramah dengan semua.
Fitrie yang sedang menikmati makan tengahari seorang diri itu dipandang oleh dua rakan barunya.
" Ril, kejap lagi kita tegur dia nak?" Sapa Hafizi untuk berkawan dengan Fitrie.
" Tak naklah aku! Airmuka dia semacam garangnya!" Ujar Shahril yang sedang memesan makan tengahari.
" Alah kau ni! Kalau kau tak nak, biar aku saja pergi tegur dia!" Sapa Hafizi.
Hafizi terus pergi ke arah meja makan Fitrie. Fitrie yang sedang menikmati makanan tanpa menyedari pegawai-pegawai lain lalu lalang disitu.
'' Assalamualaikum!'' Salam diberi oleh Inspektor Hafizi sambil membawa makanan.
'' Waalaikumusalam! duduklah.'' Sapa Inspektor Fitrie sambil tersenyum.
'' Makan apa je?"Sapa Inspektor Hafizi.
'' Makan roti je! Kau makan apa?'' Sapa Inspektor Fitrie.
'' Mee goreng! Macamana? kau okay dapat ditukarkan ke sini?'' Tanya Inspektor Hafizi.
'' Haih! borak berdua je ke?" Sampuk Inspektor Shahril.
'' Eh duduklah!" Sapa Inspektor Fitrie.
'' Sekejap! macam aku kenal je Inspektor Fitrie ni! Muka mcm pernah aku nampak?'' Sapa Inspektor Shahril.
Hafizi tanpa sengaja berhenti menyuap makanan ke dalam mulutnya. Tiba-tiba dia terkejut dengan persoalan Shahril kepada Fitrie. Dia memandang muka Fitrie sebegitu untuk mengecam wajah yang kacak itu.
''Seriuslah kau pernah nampak muka aku? Dekat mana tu?'' Tanya Fitrie.
'' Kau sekolah dekat mana dulu?'' Sapa Shahril dengan wajah hairan. Dia seperti dapat mengecam wajah Inspektor baru itu.
'' Di Temerloh Pahang, kenapa?'' sapa Fitrie.
'' Sah! Sah!'' Ujar Shahril.
'' Apa yang sah? Sejak bila aku akad nikah?'' Seloroh Fitrie didepan kawan barunya itu. Shahril seakan sudah mengesahkan bahawa Inspektor baru itu kawan lamanya sewaktu sekolah dahulu.
''Kau kawan baik aku zaman sekolah dulu. Fitrie Amsyar kan?'' Tanya Shahril.
'' Ya! Aku Fitrie Amsyar!" Sapa Fitrie.
'' Haaa!! Betullah weh! Fitrie Amsyar! Kawan satu sekolah aku dulu." Sapa Shahril.
Fitrie memandang tag nama di baju Shahril, rupanya dia juga bertemu semula dengan kawan lamanya sewaktu sekolah di situ. Akhirnya mereka dalam satu unit.
" Ya Allah akhirnya kita bertemu semula dekat sini sekian lama tak berjumpa! Makin hensem kau sekarang Fit!'' usik Shahril.
'' Eh mana ada ! aku biasa je ! Tapi kau dulu kurus ,tapi bila dah jadi abam-abam polis ini makin sado semacam je!'' Usik Fitrie sambil menyuap makanan ke dalam mulut.
'' Dia selalu workout dan pergi ke gym Fitrie. Aku nak join sekali pun dia tak bagi!'' Sapa Hafizi sambil memberi jelingan kepada Shahril.
'' Sejak bila pulak aku tak ajak kau! Kau je banyak beri alasan, nak jumpa tunanglah, itu inilah'' Sapa Shahril sambil memberi jelingan.
'' Sabar! Tak apa hari ini aku belanja korang." Sapa Fitrie.
'' Eh! Tak payahlah susah-susah Fit, simpan je duit kau!'' Sapa Shahril.
'' Ril, petang inii teman aku jumpa tunang aku! Aku nak bagi sesuatu dekat dia sebenarnya.'' Sapa Hafizi.
'' Sorry weh! Aku kena siapkan beberapa kerja lagi ,terpaksalah balik lewat hari ini." Sapa Shahril.
'' Tak apa! aku temankan kau!" Sapa Fitrie.
'' Baiklah! Terima kasih!" Sapa Hafizi.
Setelah mereka selesai makan, mereka bertiga terus masuk ke bilik kerja masing-masing, tiba-tiba telefon milik Fitrie berbunyi terpapar nombor yang tidak dikenali dan dia terus menjawab panggilan itu. ''Hallo! Siapa ni?'' Sapa Fitrie.
'' Hallo abang, ini Myrah! Mari datang ambik Myrah!'' ujar Amyrah.
'' Oo dah balik sekolah eh? Aah dah jam dua lah! Okay tunggu tau nanti abang sampai!'' sapa Fitrie.