BAB 1

25.9K 527 5
                                    

cerita ni tentang Faahad Haedar iaitu adik kepada Fahira Hazrin dari cerita 'Dara Pujaan Duda. ' sebenarnya nama dia Faris Hirwan tapi saya ubah ke Faahad Haedar. Harap jelas.

•••

" two people who are madly in love
but forced apart "


SILING BILIK ditenung lama. Fikiranku bertempiaran pada isteriku yang menginap di rumah yang telah aku sewa di Kedah. Di negeri yang menemukan kami berdua hingga disatukan tanpa pengetahuan kedua orang tuaku.

Aku menghalalkan seorang anak dara yang dibuang keluarga sejak berumur 17 tahun. Dan saat aku menikahinya, umurku baru saja 23 tahun dan dia pula 21 tahun. Usia yang masih muda untuk seorang lelaki sepertiku menghalalkan seorang gadis yang masih mentah dalam menguruskan hal rumah tangga.

Kerana biasanya di umur yang begini, paling tidak pun bagi orang lain mereka baru saja bertunang. Tapi kami?

Gila, bukan? Keputusan yang paling gila sekali aku pernah buat dalam hidup aku.

Sedangkan kedua orang kakak aku pun bernikah selepas tamat pengajian. Walaupun mereka perempuan, mereka lebih mengutamakan pelajaran serta masa depan sebelum segalanya.

Sekarang otakku sedang kusut. Kusut memikirkan cara untuk aku memperkenalkannya kepada kedua orang tuaku itu.

"Faahad Haedar, bangun! Dah pukul berapa dah ni! Kau tak ada kelas ke kejap lagi?! " suara Kak Ngahku, Fahira sudah muncul diselangi dengan ketukan di pintu.

Aku menggosok kepalaku kasar hingga rambutku jadi serabai dan tidak terurus. Sengaja aku buat begitu.

Pintu bilik dikuak olehku dari dalam.

"Hm. Pagi ni aku tak ada kelas. Petang kejap lagi. Pukul 2 sampai pukul 5," beritahuku dengan wajah mamai yang disengajakan.

"Kut ye pun, mandi lah dulu. Sarapan. Kau nak terperap dalam bilik tu sampai kebulur ke? Aku tak masak makan tengah hari nanti. "

"Ish! Yelah. Yelah. Aku nak mandilah ni. Kau ni, kacau jelah. Yang ada kelasnya aku, bukan kau! "

Tangannya naik bercekak pinggang. Dia mula membebel panjang.

"Awal lagi lah, Kak Ngah!! Aduh, Malasnya, " suaraku merungut malas.  Pintu kembali dikatup.

Tiba-tiba telefonku yang berada dia atas katil berdering. Ada panggilan daripada seseorang. Segera panggilan dijawab.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Ada apa awak call saya ni? " soalku.

"Tak ada apa. Saya cuma rindukan awak. Bila awak nak balik sini? " .

"Saya balik bulan depan. Awak sabar sikit, please. Tunggu lagi dua minggu je."

Sekarang ini, kelas masih berlangsung secara biasa. Cuti semester pula bulan depan bermakna lagi dua minggu saja lagi yang berbaki. Jadi barulah aku boleh pulang ke Kedah untuk berjumpa dengan isteriku, Evelyn Qiara.

Jujur katakan, aku juga merindukannya. Sudah lama kami tidak meluangkan masa bersama.

"Tapi kita dah 5 bulan tak jumpa. Tak boleh ke hujung minggu ni awak pulang sekejap? Sekejap pun jadilah. Please.. " rayunya dengan lembut.

Iniilah Evelyn. Dia tetap akan berkeras dengan jawapanku.

"Yalah. Jumaat ni, habis je kelas petang saya balik. Awak tunggu je dekat rumah tau. Jangan merayau! " kataku berselit dengan amaran.


"Yeay!! Okay, saya tunggu. Awak jaga diri tau. I love you. " Gadis itu bersorak gembira.

Betul-betul bersifat kebudak-budakan. Tak matang langsung. Tapi itulah yang buatkan aku boleh jatuh cinta padanya.

"I love you more, Evelyn Qiara," balasku lembut sambil tersenyum lucu.


Telefon kembali diletakkan ke atas katil lantas baju T di tubuhku ditanggalkan sebelum disumbat ke dalam bakul kain kotor.

Kemudian, tuala di belakang pintu bilik diambil. Aku memboloskan diri ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.







MINYAK WANGI disembur ke pakaianku. Kemeja hitam yang tersarung di tubuh, aku kemaskan dengan jemari jantanku. Setelah itu, beg sandang diambil lalu disangkut ke bahu.

Pintu bilik ditolak. Aku mengorak langkah ke meja makan untuk makan tengah hari bersama keluarga sebelum bertolak ke universiti.

Kornea mata diisi dengan umi dan abah, kak ngah bersama dengan anak tirinya senang menjamu selera di meja makan. Semua mata yang disitu tertumpu kepadaku.

"Pak Su! " jerit Audhia dengan teruja. Dia melompat di kerusi yang diduduki.

Aku sekadar senyum sebelum melabuhkan duduk berhadapan dengan Audhia.

"Dhia.. Jatuh nanti. Duduk elok-elok, sayang," tegur kak ngah kepada anak tirinya. Dibetulkan kedudukan anak kecil itu.

"Suka betul bila nampak Pak Su dia, ya? " tegur umi.

"Pak Su handsome, " balas Audhia.

Terjongket sebelah keningku mendengar. Tidak menjangka akan jawapannya itu.

"Daddy lagi handsome kan, Dhia? " soal kak ngah sambil suakan air kosong kepada Audhia.

Budak itu menjawab selepas meneguk air. "Urm, daddy boleh lah. Tapi Pak Su lagi handsome," nafinya dengan masih memujiku.

Tawaku meletus. "Daddy handsome di mata mommy aje, " usikku sengaja.

Padahal memang tidak dapat dinafikan bahawa abang ipar aku tu jauh lebih kacak daripada aku. Kalau perempuan pandang, memang berbelit leher sebab toleh banyak kali.

Namun sekacak mana pun dia, akhirnya hatinya hanya jatuh pada kak ngah aku. Tapi mereka memang bagai pinang di belah dua. Sangat cocok.

Seorang kacak, seorang cantik. Seorang doktor, seorang peguam. Dan kedua-duanya berpelajaran tinggi serta ada kerjaya. Itulah contoh di mana, jodoh itu cerminan diri dan saling melengkapi.

Indah bukan, aturan Tuhan itu?

"Urm, abah. "

"Hmm. "

"Jumaat ni Faahad kena pergi Kedah dengan kawan-kawan sebab ada program dekat sana. Abah izinkan? " bohongku. Gerun juga sebenarnya.

"Berapa lama? "

"Seminggu. "

"Hm. Yelah. Jangan buat benda tak senonoh pula. Siap Faahad kena dengan abah nanti, " suara abah terpalit dengan amaran.

"Baik,abah." Dadaku berkocak hebat.

-saturday, 24 June

300 votes, lets go!

Perasaan Yang Terlarang | E-BOOKWhere stories live. Discover now