BAB 2

7.5K 360 6
                                    

PAKAIAN DISUSUN kemas ke dalam beg galas. Malam ini, aku akan pulang ke Kedah untuk bertemu dengan isteri aku. Sekali dengan program yang berkaitan dengan kerja kursus aku. Jadi ada beberapa rakan aku juga akan ke sana.

Cuma aku seorang saja yang akan menginap di rumah bersama dengan Evelyn dan tiada seorang pun rakan aku yang tahu.

Pintu bilik dikuak dari dalam. Batang tubuh abah telah tercegat di depan muka pintu dengan muka yang sangat garang. Abah sangat tegas orangnya. Dia sukar berlembut kecuali dengan anak perempuan dan menantunya saja.

"Bukan bertolak pagi esok ke dengan kawan-kawan? Ni dah pukul 11 malam, nak pergi mana? " soalnya.

Darah aku berderau naik ke wajah.

"Kawan semua bertolak satu kereta. Faahad satu kereta dengan orang lain sebab ramai kan? Dan tak semua yang nak bertolak malam. " Pandai pula aku membohong tika waktu yang getir ini.

Memincing mata abah merenung aku. Mencari kepastian.

"Betul? "

Kepala aku jatuh sekali. "Betul, abah. Minggu depan baru Faahad balik. "

"Hurm. Yelah. Hati-hati memandu tu. Mengantuk, berhenti saja dekat tepi jalan. Jangan paksa diri. " Aku mula menyalami tangannya yang sedang berpesan itu.

"Baik, abah. Faahad pergi dulu. Assalamualaikum. " Aku minta diri.

"Waalaikumsalam. Ingat apa yang abah pesan sebelum ini, " tegas abah bersuara.

"Faahad ingat abah," jawab aku lalu berjalan keluar dari rumah.

Masuk saja ke dalam perut kereta, aku terus menghubungi Evelyn.

"Assalamualaikum, Evelyn. "

"Waalaikumsalam. Awak dah dalam perjalanan ke? "

"Haah. Saya baru nak bertolak. Awak jangan tunggu saya tau. Saya mungkin sampai rumah lewat sikit. "

"Hurm.. Tapi saya nak sambut kepulangan awak. "

"Kalau saya dah sampai nanti, saya call awak okay, sayang? " kataku lembut.

Dia diam.

"Evelyn? "

"Oh, hah! Maaf. O.. Okay. Saya tunggu awak. " gagap dia membalas.

Bibir aku tersenyum kecil. Ada-ada saja budak ni. Nasib comel.

"Okay. Awak tidurlah dulu. Assalamualaikum. "

"Waalaikumsalam. Hati-hati memandu! Saya tunggu awak. Ingat tu! "

Aku ketawa kecil akan gelagatnya yang tidak matang itu. "Ya, sayang. Awak tunggu saja, " balasku lembut.

"Arghh!! Janganlah panggil saya 'sayang'! Saya blushing lah, awak ni. Gigit karang baru tahu."

Membulat mata aku mendengar suaranya begitu.

"Nakal, eh? Dahlah. Nanti lambat pula saya sampai sana."

"Oh, okay. Bye! Muahhh! " panggilan terus dimatikan.

Aku terus memulakan pemanduan dari rumah abah dan umi di malam hari.
Dalam hati, aku sudah bersorak teruja ingin berjumpa Evelyn. Aku ingin leraikan segala rindu padanya. Mahu luangkan masa bersamanya selama seminggu ini sebelum cuti semester tiba pula.


NAFAS lega dihela sambil mata dipejam seketika sebelum kembali dicelik. Beg sandang di sebelah, aku capai lalu sangkut ke bahu.

Aku keluar dari perut kereta lalu kereta dikunci. Langkah diayun ke depan daun pintu rumah. Diketuk beberapa kali.

Selang beberapa minit menanti, pintu dibuka dari dalam. Bibir aku mengorak senyum lebar buatnya. Dia juga turut sama.

Lantas aku jatuhkan beg ke bawah dan tubuh genitnya didakap erat hingga kaki dan pahanya naik ke atas lalu melingkar di pinggang aku. Evelyn turut membalas pelukan aku. Wajahnya disembamkan pada leher aku.

"Arghh! Lyn! " aku menjerit sakit tatkala rasa leher aku digigit olehnya.

Evelyn ketawa manja.

Aku membawa tubuh kami ke dalam rumah. Pintu dikatup dengan dia masih dalam dukungan. Aku melabuhkan duduk di sofa ruang tamu.

Pandangan kami bertamu. Kedua belah pipi aku dipegang olehnya. Aku memegang tangannya yang di situ dengan senyum di bibir.

"Saya rindu awak. Sangat-sangat, " ucapnya lembut sambil tersenyum manis buatku.

"Saya pun. Infinity. " Dikucup  hidungnya.

Bila aku jauhkan wajah daripadanya, wajah itu berkerut seperti tidak puas hati.

"Kenapa? " soal aku.

"Apa cium dekat situ? Kalau rindu saya, kena cium dekat sini. Bukan situ. " Jari telunjuknya berada di bibir merahnya yang begitu lembap itu.

Bibir dikemam. Aku.. Segan dan malu sebenarnya. Dan juga..

"Saya tak reti," balasku. Belakang tengkuk digaru.

"Tak reti? Hurm.. Tak apalah. " Dia berura turun dari atas aku. Tapi laju saja aku menghalangnya.

"Ish, lepaslah. Saya nak merajuk. "

Tawa aku terhambur. Manja satu, gedik pun ada juga. Tapi gedik yang aku sukakan.

"Gedik lah isteri seorang ni. Jangan pergi mana-mana. Duduk aje sini."

Mata bundarnya membulat. Ya Tuhan, sebaik apakah aku hingga kau mengurniakan aku seorang isteri yang begitu cantik dan comel serta cukup pakej ini?

Hari demi hari, aku makin jatuh cinta padanya.

"Saya kenal awak, Lyn. You are my wife. One and only until our last breath. "

Bibir merahnya menyungging senyum lebar. Bibir aku dicumbunya sekilas.

"Manisnya mulut suami saya ni. "

500 votes!

Perasaan Yang Terlarang | E-BOOK Where stories live. Discover now